Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

Hantar surat bantahan rasmi - Pemaju

Kosmo 4/4/2006

KUALA LUMPUR – Tolong hantar surat bantahan rasmi.

Itu jawapan pemaju perumahan di Jalan PJS2/11C di sini mengulas dakwaan penduduk mengenai kerosakan yang berpunca daripada kerja penanaman cerucuk di tapak pembinaan di sebelah rumah mereka.

Menurut jurucakap pemaju berkenaan, Sriera Development Sdn. Bhd., pihaknya sebelum ini tidak pernah menerima sebarang surat bantahan mengenai projek pembinaan itu dan beranggapan ia tidak pernah menimbulkan masalah kepada orang ramai.

"Kami mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah dan Galian untuk melaksanakan kerja pembinaan di kawasan itu. Lagi pun sebelum ini sudah ada pembinaan lain di kawasan yang sama.

"Kami difahamkan, ia tidak pernah menimbulkan rungutan kepada penduduk," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sementara itu, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), Munaliza Hamzah memberitahu, beliau sendiri pun tidak menerima sebarang aduan mengenai masalah yang dihadapi oleh penduduk di situ.

"Bagaimanapun, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat dan kami akan melawat lokasi berkenaan dalam masa terdekat,” jelasnya.

Semalam laporan KOSMO! menyiarkan kebimbangan dan keluhan penduduk setempat mengenai keretakan yang berlaku akibat kerja penanaman cerucuk dijalankan terlalu hampir dengan rumah mereka.

Jarak tapak projek dengan rumah hanya kira-kira 20 meter menyebabkan gegaran kuat berlaku apabila kerja menanam cerucuk beroperasi dari 7.30 pagi hingga 6.30 petang.

Penduduk juga mendakwa mereka terpaksa menanggung kerugian kerana sering kali membaiki keretakan yang tidak pernah sudah. Malah mereka juga takut untuk tinggal di rumah sendiri.

Pada perkembangan yang sama, Munaliza memberitahu, beliau akan memanjangkan perkara itu ke MPPJ seterusnya memastikan ia dapat ditangani secara berhemah di antara kedua-dua belah pihak.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.