This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Gadai nyawa di tapak terbengkalai

27/04/2006 Kosmo

SEREMBAN - Kalau sudah gila memancing nyawa sendiri sanggup jadi pertaruhan.

Begitulah senario yang berlaku apabila melihat gelagat segelintir kaki pancing yang sanggup menceroboh kawasan tapak projek terbengkalai berdekatan Jalan Dato' Bandar Tunggal di sini semalam.

Projek yang sudah terbengkalai disebabkan kegawatan ekonomi itu menyebabkan ia kini menjadi sebuah kolam besar dan menjadi tumpuan kaki-kaki pancing di daerah ini.

Hasil tinjauan KOSMO!mendapati aktiviti memancing ini bermula kebiasaannya pada waktu petang sehingga berlanjutan ke tengah malam.
Kolam besar yang dipenuhi ikan-ikan untuk menghalang pembiakan aedes di bandar ini dijadikan lubuk 'istimewa' untuk kaki pancing.

Ia bukan perkara baru kerana aksi sebegini sudah berlanjutan beberapa bulan memandangkan tiada sebarang tindakan diambil menyebabkan golongan ini semakin degil dan bertambah rancak melakukan aktiviti berkenaan.

Demi melepaskan gian golongan ini sanggup memanjat pagar yang menutupi kawasan tapak berkenaan kerana pintu pagarnya sememangnya dikunci oleh pemaju sepanjang masa dan sanggup berdiri atau mencangkung di tebing yang hanya seluas 0.914 meter sahaja.

Malah, di setiap tebing berkenaan, terdapat cerucuk-cerucuk besi tajam terjulur dan berselirat di sana-sini yang hanya menantikan mangsanya terleka atau lalai semasa sedang asyik memancing.

Ditambah lagi dengan keadaan kolam yang agak dalam serta dipenuhi pelbagai jenis besi cerucuk di bawahnya turut menjadi perangkap maut kepada sesiapa yang tersilap langkah.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.