This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

67 keluarga dapat CF
26/04/2006 Utusan Malaysia

SHAH ALAM 25 April - Penantian 67 keluarga di Taman Bunga Negara, Seksyen 27 di sini selama sembilan tahun bagi mendapatkan sijil layak menduduki (CF) bagi rumah masing--masing akhirnya tercapai hari ini.


CF berkenaan dikeluarkan oleh Maj-lis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah usaha berkenaan diperjuangkan bersungguh-sungguh oleh jawatan kuasa rukun tetangga (KRT) kawasan itu.


Pengerusi KRT Taman Bunga Negara, Ahmad Shukri Hamidi berkata, rata-rata penduduk yang menerima CF itu tinggal di kawasan fasa 3C.


"Kami gembira akhirnya mendapat CF bagi rumah masing-masing dan dapat hidup dengan selesa walaupun lambat dapat CF.


"Kami berterima kasih kepada pihak Rukun Tetangga khususnya Jabatan Perpaduan Daerah Petaling yang banyak membantu," ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas majlis penyerahan CF yang disampaikan oleh Pegawai Jabatan Perpaduan Petaling, Muhammad Fithal Din kepada penduduk Taman Bunga Negara di Masjid Proton di sini hari ini.


Ahmad Shukri memberitahu, pihaknya dimaklumkan CF tidak dapat dikeluarkan oleh MBSA sebelum ini berpunca daripada kegagalan pemaju menyediakan tanah lapang sebagai kawasan hijau.


Bagaimanapun, menurut beliau, hasil usaha penduduk dengan kerjasama Jabatan Perpaduan akhirnya masalah berkenaan dapat diselesaikan dan akhirnya mendapat CF daripada MBSA.


"Taman ini sudah diduduki sejak 1995 lagi walaupun tidak mendapat CF dan sejak itu kami berusaha menuntutnya sehingga berjaya dari memperoleh CF dari fasa ke satu fasa.


"Fasa 3C ini merupakan fasa terakhir di Taman Bunga Negara," jelas-nya.


Dalam masa yang sama, pihaknya juga meminta MBSA dan pihak terbabit supaya membina benteng di kawasan bukit berhampiran Masjid Proton bagi mengelakkan banjir kilat melimpah ke rumah penduduk berhampiran.


"Kami minta MBSA membina benteng dan memperbaiki longkang supaya jika hujan lebat banjir lumpur tidak melimpah sehingga menyusahkan penduduk," jelas beliau.


Selain itu, katanya, penduduk juga mahu pemaju atau MBSA membersihkan kawasan lapang yang dipenuhi lalang di pintu masuk ke taman berkenaan.


Menurut Ahmad Shukri, selain 'menyakitkan mata' kawasan berkenaan juga dibimbangi membahayakan keselamatan kanak-kanak yang selalu bermain di kawasan berkenaan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.