This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah yang dibeli senget, bocor

Kosmo 29/3/2006

SHAH ALAM - Penghuni Pangsapuri Sri Pelangi di Sekyen U5 mendakwa rumah yang mereka beli dan duduki sejak Jun 2003 tidak mengikut spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya.

Bagi menyelesaikan kesulitan itu, persatuan penduduk pangsapuri berkenaan telah mengadakan satu sesi dialog dan lawatan ke rumah-rumah yang bermasalah supaya pihak berkaitan membuka mata dan mendengar masalah yang dihadapi mereka.

Sesi yang berlangsung 10 pagi semalam melibatkan wakil dari syarikat pemaju, Angkatan Mewah Sdn. Bhd dan jabatan berkaitan seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) serta Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).

Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk pangsapuri berkenaan, Sha Abdul Hameed (gambar), sesi dialog dan lawatan itu diadakan susulan tindakan pihak persatuan penduduk yang menghantar memorandum kepada Inventori Masalah Rakyat (IMR) dan berpiket secara aman di hadapan bangunan SUK pada 21 Mac lalu.

"Kami tidak berpuas hati dengan keadaan kualiti rumah kami dan apabila kami ajukan kepada pemaju, mereka tidak endahkan masalah ini," katanya.

Seorang penduduk yang ditemui, Choong Siang Tong, berkata, keadaan rumah penghuni di situ semakin teruk dan pemaju sepatutnya bertindak dari awal mengatasi masalah ini.

"Sudahlah rumah yang kami beli senget-benget, bila hujan lebat, habis basah satu rumah," katanya.

Sementara itu, wakil MBSA, Aniza Osman, berkata, pihak pemaju perlu lebih prihatin dan peka terhadap tanggungjawab mereka.

Dalam perkembangan yang sama, Penasihat Undang-Undang Angkatan Mewah Sdn.Bhd. P. Rajeswaran yang ditemui berkata, pihaknya hanya akan membaiki kerosakan sekiranya ia berlaku dalam tempoh satu tahun setengah dari tarikh rumah diserah kepada penghuni.

"Keadaan rumah yang tidak mengikut paiwaian tidak perlu dipertikaikan kerana sijil layak menduduki (CF) telah dikeluarkan oleh MBSA," katanya.

Mengenai kemudahan penyelenggaran yang dikatakan tidak memuaskan, Rajeswaran menyatakan, pihaknya menjalankan kerja penyelenggaraan seperti biasa dan sekiranya ada kekurangan, ia dikatakan berlaku akibat sikap segelintir penghuni sendiri yang tidak membayar tunggakan yuran penyelenggaraan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.