Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

Pejabat tanah jelas status tanah

Kosmo 20/03/2006

KUALA LUMPUR - Pejabat Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan tanah yang menjadi penempatan setinggan yang mengepung pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Baru adalah hak milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Abd. Nasir Hassan berkata, berdasarkan siasatan, tanah terbabit merupakan tanah milik persendirian yang didaftar sebagai HS (D) 14125, PT.1800, Seksyen 41 Bandar Kuala Lumpur.

"Memandangkan status pemilikan adalah tanah milik persendirian, maka adalah menjadi tanggungjawab pemilik tanah sendiri untuk menjaga tanah daripada diceroboh," katanya.

Beliau menjelaskan demikian dalam kenyataan kepada KOSMO! baru-baru ini.

Pada 17 Februari lalu, KOSMO! menyiarkan laporan mengenai penempatan setinggan menjadi lubuk pendatang asing membina rumah kerana status tidak dapat disahkan oleh Pejabat Tanah Kuala Lumpur.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.