SEREMBAN - Majlis Perbandaran Nilai (MPN) sedang berusaha menyelesaikan
masalah Sijil Layak Menduduki (CF) yang dihadapi penduduk di kawasan
perumahan Bandar Seremban Selatan Fasa 3A di sini.
Yang Dipertua MPN, Noordin Mohd. Yatib berkata, pihaknya memang menyedari
masalah yang dihadapi penduduk dan telah mengadakan perbincangan dengan
pemaju bagi mengatasi masalah tersebut .
"Tindakan akan diambil dengan secepat mungkin. Bagaimanapun, proses ini akan
memakan masa sedikit dan berharap penduduk bersabar sehingga masalah ini
diselesaikan," jelas beliau ketika dihubungi semalam.
Kelmarin KOSMO! melaporkan penduduk di kawasan terbabit kecewa apabila rumah
yang dihuni sejak lima tahun lalu masih belum mendapat CF.
Malah lebih mendukacitakan, penduduk terbabit bukan setakat tidak mendapat
CF, tetapi turut tidak diberi Sijil Sementara Menduduki (TCF).