Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

MPK akan siasat rumah retak

16/03/2006 KOSMO


KUALA LUMPUR - Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menghantar pegawainya dari Jabatan Pembangunan bagi menyiasat aduan dan punca keretakan membabitkan rumah penduduk Bandar Puteri Klang.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam MPK, Norhafiza Mahfuz, pihaknya mengambil serius masalab itu dan meminta supaya penduduk bersabar sementara siasatan dijalankan.

Siasatan itu juga akan menentukan sama ada rumah-rumah tersebut masih selamat diduduki.

"Kes itu sebenarnya melibatkan pemaju yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap masalah yang dihadapi penduduk," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas laporan KOSMO! semalam yang menyiarkan masalah penduduk yang meminta campur tangan pihak berkuasa selepas pemaju didakwa tidak mengendahkan aduan mereka.

Pada perkembangan yang sama, Norhafiza memberitahu, sekiranya pemaju didapati tidak jujur sewaktu melaksanakan projek pembinaan perumahan tersebut mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Pemaju juga, katanya, akan diminta menyatakan sebab berhubung perkara tersebut kerana apa yang berlaku melibatkan kepentingan pembeli.

 

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.