Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

MDKS akui kuasa mereka terhad

Kosmo 4/3/2006

KUALA LUMPUR- Nasib kira-kira 3,000 pembeli rumah terbengkalai di Bandar Alam Perdana, Kuala Lumpur nampaknya terus tidak terbela sekurang-kurangnya daripada perspektif bidang kuasa pihak berkuasa tempatan.

Ini kerana jurucakap Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) memberitahu, projek itu belum diserahkan kepada mereka, oleh itu ia masih tanggungjawab pemaju.

"Bidang kuasa kami hanya tertakluk kepada meluluskan pelan projek pembangunan tersebut dan memantau kawasan projek agar tidak menjadi sarang nyamuk," katanya.

Beliau mengulas laporan KOSMO! kelmarin mengenai rintihan para pembeli yang hampir putus asa selepas empat tahun menunggu rumah yang hampir siap tetapi akhirnya terbiar begitu sahaja.

Menurut jurucakap MDKS itu, pembeli juga boleh merujuk masalah itu kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Walau apapun tindakannya, beliau menjelaskan, pemaju wajar memikul tanggungjawab dalam memastikan projek itu disiapkan terlebih dan bagi memenuhi antara syarat-syarat untuk memohon sijil kelayakan menduduki (CF).

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.