Masalah Flat Setapak Indah
Jaya selesai
Kosmo 28/3/2006
KUALA LUMPUR - Masalah yang dihadapi penduduk Flat Setapak Indah Jaya
seperti penipuan pembayaran bil elektrik dan air, cukai tanah tertunggak dan
lif yang tidak berfungsi sejak beberapa tahun lalu akhirnya mendapat
perhatian pihak berkuasa.
Ia ekoran kata sepakat dicapai antara Persatuan Pemilik Flat Setapak Indah
Jaya bersama syarikat penilai harta, SC Corporate Recovery dan Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalarn mengatasi, masalah tersebut.
Antara jalan penyelesaian yang dikenal pasti ialah SC Corporate Recovery
menyerahkan tanggungjawab pengurusan flat kepada persatuan pemilik nat
terbabit.
Menurut Pengerusi Persatuan Pemilik Flat Setapak Indah, Soon Chai Fock,
sebuah syarikat akan ditubuhkan dan seterusnya mengendalikan masalah
termasuk bil elektrik dan air yang tertunggak berjumlah RM158,852.42.
"Kami juga perlu menyelesaikan bayaran cukai tanah yang tertunggak berjumlah
RM290,351 yang tidak dijelaskan oleh pengurusan kepada pejabat tanah
walaupun penduduk telah membayarnya," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Dalarn perkembangan sama, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Yew Teong Look berjanji
akan merujuk masalah tersebut kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).
"Kita akan minta pihak terbabit memberi diskaun dan memberi tempoh kepada
penduduk untuk menjelaskan bil secara ansuran," katanya.
Teong Look memberitahu, penduduk juga akan diberikan status hak milik strata
dalam tempoh tiga tahun lagi.
"Kementerian bersetuju untuk mempercepatkan proses mengeluarkan hak milik
tersebut kepada penduduk flat itu," ujarnya. |