This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Konsep jual rumah siap ke Kabinet

Berita Harian 30/03/2006

KERTAS cadangan me­ngenai konsep 'bina kemudian jual' bagi semua projek perumahan akan dibentangkan untuk pertimbangan Kabinet dalam masa terdekat, kata Timbalan Menteri Perumhan dan Kerajaan Tempatan,Datuk Azizah Mohd Dun.

Beliau berkata, Kabinet akan mengkaji terlebih dulu cadangan pelaksanaan konsep berkenaan serta kesannya seperti terkandung dalam kertas cadangan terbabit.

Menjawab soalan Datuk Badruddin Amiruldin (BN-Jerai), Azizah berkata Kabinet perlu mengambil kira semua perkara supaya kepentingan pembeli rumah sentiasa terpelihara dan pada masa yang sama industri perumahan tidak terjejas.

Katanya, kementerian juga sedang memantau prestasi pemaju perumahan terbabit dalam pembangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara bagi mengelakkan kegagalan atau kelewatan.

Azizah menegaskan, walaupun konsep 'bina kemudian jual' belum dilaksana, pemaju yang mempunyai kedudukan kewangan cukup kukuh boleh melakukannya tanpa perlu permit jualan khusus daripada kementerian terbabit kerana tiada undang-undang menghalang mereka melaksanakan konsep itu.

"Buat masa sekarang, kita galakkan pemaju mengambil alih projek terbengkalai disiapkan demi manfaat pembeli supaya mreka tidak lagi terpaksa menanggung hutang bank sedangkan tiada rumah. Setakat ini, 149 projek dikenal pasti boleh dipulihkan.

"Justeru kita minta pembeli projek perumahan terbengkalai ini menubuhkan Jawatankuasa Pemilik bagi membawa masalah mereka kepada pihak kementerian supaya dapat diadakan rundingan untuk menghidupkannya semula," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.