Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

Kenapa dah lama senyap?

 27/03/2006 Kosmo

KAJANG - Selepas tiga bulan tertangguh, kini timbul tanda tanya di kalangan pembeli rumah kos rendah Sungai Tangkas di sini terhadap status pembinaan projek perumahan tersebut.

Mereka ingin kepastian bilakah projek itu akan disiapkan kerana ia dianggap seperti sudah terbengkalai.

Projek itu dibangunkan bagi tujuan penempatan semula setinggan di bawah kawasan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang bermula pada 2003 dan dijangka siap pada Ogos tahun ini.

Tinjauan KOSMO! semalam hasil aduan pembaca melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mendapati kawasan projek itu lengang dan terbiar.

Menurut seorang pembeli yang hanya mahu dikenali sebagai Roslan, perasaan bimbang timbul apabila mendapati kerja-kerja pembinaan terhenti agak lama.

Roslan yang menyewa berdekatan tapak projek tersebut ada bertanyakan kepada pekerja-pekerja kontrak di situ dan jawapan mereka ialah tiada arahan majikan untuk menyambung kerja.

Roslan memberitahu, jumlah pembayaran kepada bank yang rendah iaitu sebanyak RM130 sebulan menyebabkan ramai yang mengambil sikap mendiamkan diri.

Sementara itu, seorang penduduk berdekatan, Mohd. Lukmanul Hakim berkata, suasana di tapak projek itu sudah berubah daripada bising siang dan malam kepada sunyi.

Semasa tinjauan, wartawan dan jurugambar KOSMO! turut dihalau oleh individu yang tidak dikenali kerana cuba untuk mengambil beberapa gambar di tapak projek tersebut.

Bagaimanapun, pemaju, Tericon Sdn. Bhd. gagal dihubungi untuk penjelasan lanjut.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.