This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

CF tiada, cukai pula tinggi

Kosmo 14/3/2006


SEREMBAN – Penuduk kawasan perumahan Bandar Seremban Selatan Fasa 3A di sini mempunyai alasan untuk terus kecewa apabila rumah yang mereka huni sejak lima tahun lalu, masih belum dikeluarkan Sijil Layak Menduduki (CF).

Menurut beberapa penduduk, bukan sahaja CF, Sijil Sementara Menduduki (TCF) juga tidak dikeluarkan.

Tinjauan KOSMO! ke kawasan perumahan yang mempunyai 360 unit rumah itu mendapati, penduduknya kini turut terpaksa membayar cukai pintu yang lebih tinggi.

Menurut Dewi Anggrani, 28, yang telah menetap di situ sejak lima tahun lalu, dia bimbang kerana rumahnya retak sedangkan CF belum diperoleh.

"Adakah pihak berkuasa mahu bertanggungjawab kalau perkara tidak diingini menimpa penduduk?," soalnya.

Seorang suri rumah, Noresah Mat Tampin, 31, pula berkata, selain masalah CF, meter paip air juga masih belum dipasang.

"Proses jual beli juga akan berhadapan dengan masalah disebabkan penduduk perumahan tidak mempunyai CF," katanya.

Sementara itu, Nazri Ahmad, 43, berkata, kadar cukai pintu yang dikenakan terhadap mereka dinaikkan kira-kira 80 peratus.

Pada 2005 cukai pintu berjumlah RM159.60 setahun dan kadar baru tahun ini pula RM236.60, katanya.

"Timbul juga persoalan apabila kadar yang dikenakan berbeza-beza. Sebagai contoh jiran yang menduduki rumah lot tepi lebih rendah bayaran daripada rumah lot tengah.

"Ada juga bayaran bagi pembeli rumah bernilai RM70,000 lebih rendah berbanding pembeli rumah bernilai RM60,000," katanya.

Bagi menyelesaikan masalah itu, penduduk perumahan tersebut telah merujuk kepada Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Woo Ah Lek dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Paroi, Bibi Shaliza Mohd. Khalid.

Bagaimanapun, setakat ini permasalahan mereka masih tidak diselesaikan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.