This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

18,000 pembeli masih menunggu

Kosmo 27/3/2006

SHAH ALAM- Terdapat 61 projek perumahan terbengkalai di Selangor, termasuk 23 projek yang sudah terbengkalai lebih 10 tahun, membabitkan kira-kira 18,000 pembeli, kata Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Datin Paduka Alinah Ahmad.

Beliau berkata, belum ada tanda­tanda pemaju akan memulihkan projek-projek terbengkalai itu.

Selain 61 projek perumahan, projek terbengkalai di Selangor turut membabitkan 22 projek komersial, industri (dua) dan pembesaran kampung (enam), katanya ketika dirujuk mengenai penderitaan pembeli rumah terbabit yang ada sebahagian pembeli kini menghadapi tuntutan ansuran pinjaman daripada institusi kewangan.

Sebagai contoh, dua pembeli rumah Port Villa menerima surat tuntutan supaya menjelaskan tunggakan kira-kira RM53,759 pada 14 Feb­ruari lepas sedangkan mereka juga terpaksa membayar sewa rumah.

Alinah berkata, berdasarkan risalah promosi projek Port Villa itu, pemaju projek ialah Perkasa Indera Sdn. Bhd. Hanya kira-kira satu pe­ratus struktur pembinaan yang kelihatan di tapak projek yang kini dipenuhi semak-samun.

Beliau yang ditanya punca kegagalan projek Itu berkata, pemaju tidak memberikan alasan kukuh untuk tidak meneruskan pembinaan alaupun ia tidak dikategorikan sebagai syarikat yang menghadapi tindakan penggulungan.

Alinah berkata, kerajaan negeri yang prihatin dengan masalah pembeli, telah menggariskan beberapa kaedah sebagai ikhtiar untuk membela nasib pembeli rumah.

Ini termasuk membawa kes pemaju projek terbengkalai ke mahkamah, meminta pelantikan penyelesai persendirian untuk mengambil alih projek bermasalah, pemulihan projek terbengkalai oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dan mencari syarikat penyelamat untuk menyelamatkan projek, katanya.

Bagi kes yang kukuh untuk dibawa ke mahkamah, Alinah, berkata, LPHS akan menyediakan peguam yang berwibawa bagi mewakili penduduk yang terlibat.

Katanya, projek terbengkalai melebihi 10 tahun merupakan antara kes yang boleh dibawa ke mahkamah kerana ia. 'seolah-olah' tidak dapat diselamatkan.

Beliau menggesa SPNB supaya lebih aktif memuIihkan semuia projek perumahan terbengkalai.

Antara projek yang dipulihkan oleh SPNB sebelum ini ialah Bandar Pinggiran Subang, Taman Desaria Petaling, Taman Kantan Permai Kajang, Taman Lingkaran Nur Kajang dan Lembah Beringin. - Bernama
 

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.