This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Projek Dipulih Jika 90 Peratus Pembeli Setuju
13/02/2006 Bernama

SHAH ALAM, 13 Feb (Bernama) -- Projek perumahan Alam Perdana di Ijok, Kuala Selangor yang tergendala sejak tahun 2003, akan dipulihkan jika sekurang-kurangnya 90 peratus daripada 4,000 pembeli bersetuju, kata pemaju barunya LBCN Development Sdn Bhd.

Setakat ini sebanyak 60 peratus pembeli telah menandatangani surat kebenaran dengan LBCN untuk meneruskan projek perumahan itu dan syarikat itu memerlukan 30 peratus persetujuan pembeli bagi meneruskan projek itu, kata pengerusi LBCN Datuk Nik Ezar Nik Bolia kepada pemberita di sini.

Projek perumahan yang dimulakan pada tahun 2000 itu merangkumi 1,319 unit rumah teres dan 2,500 unit rumah pangsa lima tingkat kos rendah itu, sepatutnya siap pada 2003 lepas.

Projek yang membabitkan kos pembangunan kasar RM600 juta itu terpaksa dihentikan pada tahun 2003 kerana masalah kewangan yang dihadapi pemaju asalnya Vega Builders Sdn Bhd.

"Kita ingin membantu pembeli rumah dapat mendiami rumah mereka dan dapat hak mereka. Bagi menjernihkan keadaan kita mengambil alih tugas pemaju lama untuk meneruskan projek ini dengan syarat kita mendapat persetujuan 90 peratus pembeli," katanya.

Nik Ezar berharap pembeli yang belum menyerahkan surat kebenaran agar berbuat demikian secepat mungkin supaya masalah projek perumahan yang terbengkalai itu dapat diteruskan.

Beliau berkata surat kebenaran itu akan memberi kuasa kepada LBCN untuk mengambil alih projek dan membuka akaun baru untuk memungut bayaran daripada pembeli dan menggunakan wang itu untuk membiayai baki projek.

"LBCN berjanji projek ini akan disiapkan dalam tempoh kurang 16 bulan dari tempoh kebenaran diterima," katanya.

Nik Ezar berkata pembeli yang ingin mendapatkan surat kebenaran itu boleh memuat turunnya daripada laman web www.alamperdana.com dan menghubungi talian 03-7960 6133.


-- BERNAMA

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.