Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

Penyelesaian masalah projek perumahan terbengkalai dikaji

Berita Harian 13/2/2006

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang meneliti dengan mendalam semua maklumat dan fakta berhubung projek perumahan terbengkalai yang menimbulkan pelbagai kesulitan kepada pembeli.

Menterinya, Datuk Seri Ong Ka Ting, berkata masalah itu yang menimbulkan pelbagai kesulitan kepada orang ramai, kini sedang diteliti bagi mencari jalan penyelesaian demi kepentingan semua pihak.

“Kita sedang mengkaji semua fakta mengenai rumah terbengkalai ini,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA Bahagian Bukit Bintang di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas rasa tidak puas hati yang disuarakan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) terhadap kelemahan kementerian berkenaan menangani isu rumah terbengkalai hingga ada pembeli terpaksa membuat laporan polis.

Hadir sama, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy; Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ong Tee Keat dan Pengerusi MCA Bahagian Bukit Bintang, Datuk Dr Lee Chong Meng.

Ong bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai langkah yang akan diambil kementerian bagi menyelesaikan masalah itu.

“Ia akan hanya diumumkan selepas kajian terhadap maklumat terbabit, selesai. Saya tidak mahu komen, saya akan bercakap pada sidang akhbar kemudian,” katanya ketika berjalan keluar meninggalkan majlis selepas menolak permintaan pihak media mengadakan sidang akhbar berhubung isu itu.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.