This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Penduduk Pangsapuri Intan bimbang runtuhan batu

Utusan Malaysia 7/2/2006

KUALA LUMPUR 6 Feb - Kejadian bukit batu runtuh di Taman Bukit Pandan, Kampung Cheras Baru, bulan lalu turut menjadi igauan ngeri kepada penduduk Pangsapuri Intan, Bukit Permai Cheras, di sini apabila mereka turut menghadapi ancaman risiko tersebut.

Tiga daripada lima blok Pangsapuri Intan itu terletak begitu hampir dengan bukit baru dan di atas bukit tersebut pula terdapat beberapa blok kondominium.

Pengerusi Penaja Persatuan Penduduk Pangsapuri Intan, Saad Musa, 46, berkata pihaknya telah meminta Mailis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menjalankan pemeriksaan setiap tahun bagi memastikan tahap keselamatan bukit baru itu.

Namun katanya, belum genap setahun selepas pemeriksaan oleh MP AJ, kini sudah terdapat beberapa rekahan baru pada bukit batu itu yang dikhuatiri runtuh menimpa kediaman penduduk.

Tambahnya, pembangunan demi pembangunan yang dijalankan di kawasan yang berdekatan juga dipercayai turut mengganggu ekosistem di kawasan Bukit Permai.

“Kami bukan menghalang pembangunan, tetapi setiap kajian dan kelulusan sebelum pembinaan perlu dijalankan dengan lebih teliti supaya tidak memberikan kesan buruk kepada penduduk setempat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysiajuga mendapati bukit batu merekah hanya beberapa meter dari blok-blok perumahan tersebut.

Seorang penduduk Md. Dom Md. Nor, 48, berkata, batu-batu yang longgar pada bukit tersebut dikhuatiri boleh mengancam nyawa dan harta benda penduduk di kawasan itu.

"Dibawah bukit baru itu pula dijadikan kawasan parkir dan tempat membuang sampah, malah kadang- kadang terdapat kanak-kanak bermain di kawasan berbahaya itu," katanya.

Md. Dom berharap agar pihak berkuasa dapat bertindak serius kepada permasalahan itu agar kejadian rumah ditimpa baru yang pernah berlaku di Taman Bukit Pandan baru- baru ini tidak berulang lagi.

Mengulas perkara yang sama, zulkafli Jaffar, 50, berkata tindakan segera perlu diambil oleh pihak berkuasa terutama sekali MPAJ bagi memastikan keselamatan penduduk.

Tambahnya, kawasan berkenaan juga terdedah kepada bahaya apabila terdapat orang ramai yang berkunjung ke atas bukit tersebut bertindak liar membaling objek berbahaya ke bawah menghala ke kediaman penduduk.

"Ramai golongan muda duduk-duduk pada waktu malam di atas bukit ini untuk melihat pemandangan Kuala Lumpur dan dalam masa yang sama bertindak liar membaling botol arak ke kawasan kediaman penduduk.

"Mereka jangan semata-mata memikir kegembiraan sendiri sahaja tetapi fikirlah juga kesan perbuatan membaling objek itu yang boleh mengancam keselamatan penduduk," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.