This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju jual rumah rosak teruk tidak boleh dibaiki
28/02/2006 Harian Metro

SAYA antara pembeli rumah yang teraniaya oleh pihak pemaju tidak bertanggungjawab. Pada 28 Julai 2001, saya menempah sebuah rumah di Taman Puteri Lagenda, Mukim Seterpa, Jajahan Kota Bharu, Kelantan.

Ketika tempahan dibuat, saya dijanjikan rumah itu akan disiapkan secepat mungkin. Bagaimanapun, selepas berkali-kali menghubungi pemaju, barulah satu perjanjian jual beli dibuat pada 19 April 2004.

Pada 21 Mei tahun lalu, satu serahan kunci sementara dilakukan dan pada hari itu saya membuat semakan terhadap rumah berkenaan dan mendapati rumah itu mengalami kerosakan teruk.

Saya membuat laporan mengenai kerosakan itu kepada pemaju dan jawapan yang diberikan, rumah berkenaan rosak teruk dan tidak boleh dibaiki.

Saya kesal kerana tidak diberitahu apa punca sebenar kerosakan teruk sehingga tidak boleh dibaiki.

Setelah beberapa kali menghubungi, pemaju bersetuju membuat pertukaran lot baru tetapi tiada surat diberikan kepada saya untuk mengesahkan pertukaran lot itu.

Pada 10 September lalu, saya membuat permohonan rasmi dan selepas surat kedua diberi pada 1 Disember tahun yang sama, barulah pemaju memberi jawapan rasmi melalui surat.

Apa yang saya kesalkan pemaju tidak mengambil inisiatif dan selalu melambatkan tempoh memiliki rumah itu.

Sehingga kini, saya belum memilikinya sedangkan gaji saya dipotong melalui skim Pinjaman Perumahan Kerajaan, selama sembilan bulan bermula tahun lalu.

Pelbagai masalah saya alami sepanjang tempoh mendapatkan rumah itu. Apa yang sangat saya kesali ialah setiap tali menghubungi pemaju, saya tidak pernah dapat bercakap dengan pengarah urusan syarikat terbabit.

Pihak pemaju juga seolah-olah lari dari masalah ini dan melepaskan beban kerosakan itu kepada pembeli.

Saya harap pihak bertanggungjawab tampil menangani masalah dengan segera supaya hak pembeli tidak diabaikan.

PEMBELI KESAL,
Kota Bharu,Kelantan

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.