Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

Pemaju ingkar kontrak boleh kena dakwa

Berita Harian 9/2/2006

SHAH ALAM: Pemaju perumahan di Selangor yang mengingkari syarat kontrak jual beli termasuk gagal menyediakan kemudahan awam boleh didakwa kerana melakukan jenayah perdagangan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata kerajaan negeri sudah berbincang dengan polis negeri bagi melaksanakan tindakan terhadap pemaju perumahan.

Mengaku aduan terhadap pemaju meningkat, beliau berkata, pendekatan yang dipercayai pertama kali di negara ini, melakukan bagi membela nasib pembeli rumah.

Sebelum ini katanya, pendakwaan terhadap pemaju dibuat mengikut Akta Perumahan dan pembangunan 2001 tetapi kerajaan negeri mendapati sukar untuk menghadapkan pemaju ke mahkamah.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini, semalam.

Dr Mohamad Khir berkata, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan memantau projek perumahan bermasalah sebelum membuat laporan polis.

Dalam perkembangan berkaitan, LPHS diJangka membuat laporan polis mengenai isu perumahan Bandar Rinching, Kajang dan Kundang, Rawang dekat sini, hari ini.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.