Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

Kementerian kaji fakta perumahan terbengkalai
Utusan Malaysia 13/2/2006

 

Kuala Lumpur 12 Feb. - Kementerian Perumahan dan Kerjaan Tempatan sedang mengkaji semua fakta mengenai projek perumahan terbengkalai ekoran sikap tidak bertanggung jawah sesetengah pemaju, kata Menterinya, Datuk Seri Ong Ka Ting.

 

Beliau berkata, dari kajian itu nanti pihak kementerian akan memikirkan tindakan sewajarnya.
 

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai projek-projek terbabit.

 

"Saya tidak mahu memberi apa-apa komen. Kami akan buat sidang akhbar kemudian, tunggulah," katanya.

 

Beliau berkata demikian, selepas merasmikan majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina MCA Bahagian Bukit Bintang di Persatuan Keturunan Chan She Shu Yuen di sini hari ini.

 

Turut hadir, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy dan Pengerui MCA Bahagian Bukit Bintang, Datuk Dr. Lee Chong Meng.

 

Ka Ting mengulas mengenai projek perumahan Taman Khalid Al Walid itu didedahkan dalam Buletin Utama, TV3.

 

Terdahulu, Ka Ting menyampaikan angpau dan buah limau kepada warga tua, orang kurang upaya dan kanak-kanak kurang bernasib baik yang hadir pada majlis berkenaan.

 

Kira-kira 1,000 orang diraikan pada majlis tersebut.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.