This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Hantar surat pohon bantuan

Kosmo 23/2/2006

KUALA LUMPUR - Persatuan Pembeli Kondominium Desa Rina, Taman Desa, JaIan Klang Lama diminta menghantar surat kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menyelesaikan masalah kondominium yang didakwa terbengkalai sejak 12 tahun lalu.

Ketua Divisyen Cina Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan, Tan Chong Leng berkata, pihak persatuan pembeli kondominium terbabit sepatutnya mengemukakan surat bantuan kepada kementerian sejak mereka mula menyedari projek tersebut terbengkalai.

Perkara itu wajar dilakukan sejak awal-awal lagi bagi memastikan masalah itu dapat dipantau segera.

"Apa yang berlaku itu sudah terlambat kerana telah memakan masa yang terlalu lama sehingga beberapa tahun dan mereka perlu mencari semula pemaju yang melaksanakan projek itu," katanya.

Katanya, walaupun projek itu telah lama terbengkalai, surat bantuan yang sama perlu diserahkan juga kepada pihak kementerian kerana ia membabitkan hak pembeli.

Chong Leng berkata demikian bagi mengulas laporan KOSMO! yang menyiarkan masalah kondo terbengkalai di projek perumahan itu semalam.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.