Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

Ajar pemaju ingkar perintah
19/02/2006 Kosmo

SIAR nama pemaju ingkar! Demikian gesaan Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah (HBA) kepada KementerianPerumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menangani masalah sebilangan pemaju yang ingkar dan enggan mematuhi award yang dikeluarkan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR).

Setiausaha Agung HBA, Chang Kim Loong (gambar) berkata, tindakan itu wajar sebagai memberi pengajaran kepada pemaju yang tidak bertanggungjawab dan memperlekehkan award yang telah dikeluarkan TTPR terhadap kes yang dikemukakan oleh pembeli.

"Saya harap KPKT dapat menyiarkan nama pemaju yang sengaja ingkar award di akhbar-akhbar tempatan sebagai 'amaran' dan pengajaran kepada mereka yang berhasrat untuk mempermainkan award,yang dikeluarkan oleh TTPR," katanya kepada KOSMO! Ahad baru-baru ini.

Beliau turut meminta KPKT memperhebatkan penguatkuasaan dengan memberi 'amaran' supaya pemaju yang mendapat award daripada tribunal, mematuhi arahan tersebut.

"Mereka (pemaju) selalu mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' sehinggalah kerajaan mengeluarkan arahan seterusnya untuk membayar ganti rugi dan barulah mereka akan mengikut arahan tersebut.

"Sebab itulah penguatkuasaan pihak kerajaan perlu dilakukan dengan cepat dan tegas supaya mereka tidak lagi berani ingkar terhadap award yang telah dikeluarkan," ujarnya.

Kim Loong berkata, kes pembinaan rumah terbengkalai, rumah yang dibina tidak mengikut spesiflkasi ditetapkan dan rumah lambat diserahkan kepada pembeli telah menyebabkan pembeli menanggung kerugian.

"Menyedari hakikat itu, kerajaan telah menubuhkan TTPR dengan harapan dapat membela nasib pembeli rumah yang sering menjadi mangsa.

"Tetapi nampaknya tribunal ini seperti telah diperlekehkan kerana masih terdapat pemaju yang tidak mematuhi award yang diberi," katanya.

Menurutnya, terdapat tiga kategori kes ingkar award yang dikenal pasti telah menjadi penyebab perkara itu berlaku.

"Kategori pertama adalah pemaju yang ingin mencabar tribunal. Perkara ini berkait rapat dengan penguatkuasaan yang lemah.

"Kategori kedua, pemaju tidak mampu untuk membayar ganti rugi dan yang ketiga pemaju yang sudah 'tutup kedai'.

"Bagaimanapun, kes yang paling banyak melibatkan pemaju yang ingkar award kerana ia berkait rapat dengan penguatkuasaan yang lemah oleh pihak kerajaan," ujarnya.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.