This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Kabinet setuju pinda Akta 118, 133

Utusan Malaysia 30/11/2006


KUALA LUMPUR 29 Nov. – Kabinet hari ini bersetuju meminda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1996 (Akta 118) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting.

Menurut beliau, pindaan akta di bawah kementeriannya itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat bulan depan.

Katanya, pindaan terhadap Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) membolehkan Menteri membatalkan pengecualian yang telah diberi kepada pemaju seperti pembukaan Akaun Pemajuan Perumahan (HDA) dan penghantaran laporan beraudit bagi agensi kerajaan.

‘‘Selain itu, ia juga memperuntukkan Menteri dengan kuasa perseorangan untuk melantik syarikat baru mengambil alih pemaju perumahan yang tidak memenuhi obligasi tanpa perlu merujuk kepada Menteri Kewangan terlebih dahulu.

‘‘Ia juga meningkatkan bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) mendengar tuntutan daripada tidak melebihi RM25,000 kepada tidak melebihi RM50,000,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Menurut beliau, mana-mana jurutera, arkitek atau pemegang amanah harta yang melanggar Akta 118 adalah melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh dikenakan penalti maksimum RM100,000 atau hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Tambahnya, pindaan itu turut memberi hak kepada pembeli rumah menamatkan perjanjian jual beli rumah dalam tempoh enam bulan selepas perjanjian pertama ditandatangani khususnya jika projek tersebut bermasalah.

‘‘Akta 118 ketika ini hanya memberi hak kepada pihak pemaju,” katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.