| 'Tolong siapkan rumah kami'
    02/01/2006
    Kosmo
 
 SEPANG - Cerita projek perumahan terbengkalai bukan perkara baru dan ia 
    sering didedahkan melalui media.
 
 Pelbagai usaha penyelesaian di ambil selama ini ibarat penyelesaian 
    sementara dan akibatnya para pembeli terus merana.
 
 Nasib serupa dialami pembeli rumah kos sederhana di Taman Kenanga, Bandar 
    Baru Salak Tinggi yang terbengkalai sejak sembilan tahun lalu.
 
 KOSMO! difahamkan, seramai 4,000 pembeli menanggung sengsara apabila projek 
    perumahan yang melibatkan enam rasa, hanya menampakkan struktur konkrit dan 
    tiang tanpa dinding dan bumbung.
 
 Akibat terlalu lama terbiar, kawasan berkenaan dipenuhi semak samun.
 
 Buntu dengan keadaan itu, seorang pembeli, Ahmad Nawawi Abd. Rahman Shafawi, 
    36, menghantar aduan menerusi khidmat pesanan ringkas kepada KOSMO! 
    baru-baru ini.
 
 Pekerja kilang elektronik di Bangi itu memberitahu, setiap unit rumah 
    berkenaan dijual dengan harga RM89,600.
 
 Menurutnya, projek perumahan itu sepatutnya siap pada tahun 2000 berdasarkan 
    perjanjian dengan pemaju, Syarikat Perumahan Kumpulan Sepang Utama.
 
 "Kami beli rumah di situ sejak tahun 1998 dan mengikut perjanjian, rumah itu 
    boleh didiami dua tahun dari tarikh perjanjian jual beli," katanya.
 
 Seorang lagi pembeli, Mohd. Nor Abd. Wahid, 36, memberitahu, hampir semua 
    fasa perumahan itu terbengkalai kecuali rumah berkembar rasa pertama yang 
    telah siap.
 
 Mereka pernah mengadu perkara itu kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan 
    Tempatan, bagaimanapun dimaklumkan projek perumahan itu merupakan salah satu 
    projek terbengkalai yang terbesar di Selangor.
 
 "Kami sungguh kecewa dengan jawapan yang diberikan dan tidak tahu lagi 
    kepada siapa boleh merujuk masalah ini.
 
 "Saya amat sedih bila anak dan isteri bertanya, bila boleh kami sekeluarga 
    berpindah ke rumah baru," katanya, kesal.
 
 Mohammed Bakar, 38, pula rasa teraniaya kerana terpaksa membayar kaedah dan 
    pinjaman bank setiap bulan.
 
 Lebih menyedihkan, ada rakannya yang disenaraihitamkan oleh bank kerana 
    tidak membayar faedah yang dikenakan.
 
 "Saya terpaksa membayar batik Pinjaman sebanyak RM710 sebulan selain rumah 
    sewa sekarang dengan bayaran bulanan RM400. Keadaan Ini memang membebankan 
    sedangkan saya hanya pekerja kilang.
 
 "Bayaran ini tidak berbaloi kerana rumah yang diidamkan masih belum siap. 
    Sampai bila nasib kami harus jadi begini," ujarnya.
 |