Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

Tanah runtuh : MPAJ awasi 24 jam

Kosmo 15/1/2006

KUALA LUMPUR - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sedang mengawasi 24 jam kawasan tanah runtuh yang mengakibatkan kerosakan teruk dua buah rumah teres dua tingkat di Taman Bukit Pandan, Cheras di sini semalarn.

Kejadian tanah runtuh itu adalah yang kedua di kawasan sama sejak 4 Januari lepas.

Jurucakap MPAJ berkata, lapan pegawai penguat kuasa MPAJ ditempatkan di kawasan kejadian dan akan berada di situ sehingga kerja-kerja pembersihan dan pemasangan ciri-ciri keselamatan selesai dilakukan pemaju.

"Mereka ini akan menjalankan pemerhatian mengikut syif. Semalam lampu dipasang oleh pemaju di kawasan kejadian supaya senang dilihat pada waktu malam," katanya kepada Bernama semalam.

Sejak kejadian pertama itu para penghuni lima buah rumah di kawasan itu sudah dipindahkan ke sebuah hote berhampiran.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.