| Penduduk mahu pemaju tunai 
    janji  Berita Harian 24/1/2006
 SHAH ALAM: Penduduk Islam sekitar Kota Kemuning di sini mendesak 
    Hicom-Gamuda Development Sdn Bhd mengekalkan tapak kubur, masjid dan sekolah 
    agama mengikut pelan asal yang diluluskan pada 2002.
 
 Mereka mahu pemaju mengekalkan Pelan Kebenaran Merancang yang diluluskan 
    Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 28 Disember 2002.
 
 Mengikut pelan itu, keluasan tapak masjid ialah dua hektar, kubur (5.5 
    hektar) dan sekolah agama (1.8 hektar).
 
 Dalam memorandum yang dihantar kepada pemaju semalam, mereka berharap pemaju 
    tidak tunduk kepada tekanan pihak tertentu kerana kebanyakan mereka membeli 
    rumah kerana dijanjikan kemudahan berkenaan.
 
 Imam Kota Kemuning, Mohd Figal Ismail, berkata penduduk beragama Islam juga 
    menentang sebarang cadangan mengubah lokasi dan mengecilkan keluasan tapak.
 
 "Kita cuma mahu hak yang dijanjikan kepada pembeli beragama Islam dikekalkan," 
    katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
 
 Memorandum ditandatangani Mohd Fisal, Imam II Kota Kemuning, Abdul Rahim 
    Daud; Pengerusi Surau An-Najihin, Idris Mohd Jais; Pengerusi Surau As-Solehin, 
    Mohd Subari Selamat; Pengerusi Surau AI-Hijrah, Mohd Nor Saad dan Pengerusi 
    Surau Al- Firdaus, Mohd Ashraf Seleman.
 
 Mereka yang mewakili kira-kira 40 peratus daripada 23,000 penduduk Islam 
    menyerahkan memorandum kepada Pengurus Pentadbiran dan Sumter Manusia 
    Hicop-Gamuda, Mohamed Ibrahim Nar Hussain jam 3.30 petang.
 
 Hampir 100 penduduk Islam turut mengiringi mereka menyerahkan memorandum. la 
    dipercayai susulan memorandum bantahan yang dihantar pihak tertentu mengenai 
    isu sama kelmarin.
 |