Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

MPSJ nasihat penduduk Puncak Jalil bersabar

Kosmo 14/01/2006

KUALA LUMPUR – Majis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menasihatkan penduduk Taman Puncak Jalil dan Bandar Lestari Permai supaya bersabar sehingga beberapa bulan lagi sebelum mereka menikmati prasarana lebih baik.

Pegawai Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid, berkata, pihaknya menyedari masalah
yang dihadapi oleh penduduk terbabit dan berusaha menyelesaikan masalah itu dengan pemaju.

Menurutnya, banyak aduan diterima MPSJ berhubung masalah di kawasan itu yang juga kawasan yang sedang dibangunkan dengan beberapa projek.

"Pertemuan telah diadakan bersama pemaju-pemaju kelmarin bagi membincangkan dan mengenal pasti masalah yang timbul.

"Antara masalah yang perlu diselesaikan dengan segera termasuk masalah jalan rosak, sampah-sarap, semak-samun dan juga beberapa lagi masalah yang membingungkan penduduk" katanya kepada KOSMO! ketika dihubungi, kelmarin.

Beliau mengulas laporan KOSMO! mengenai aduan penduduk di kedua-dua kawasan berkenaan yang mendakwa kawasan perumahan mereka tidak diselenggara oleh pemaju sejak beberapa tahun lalu.

Pada perkembangan yang sama, Azfarizal menjelaskan, proses pemulihan prasarana memakan masa kerana ia membabitkan pelaksanaan kerja secara berperingkat-peringkat.

Menurutnya, ada di antara taman-taman perumahan yang masih di bawah pemaju dan belum diserahkan lagi kepada MPSJ.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.