Pemaju tak endah aduan rosak
Berita Harian 09/09/2005 (Penghuni kesal bayaran
penyelenggaraan RM300 sebulan tidak berbaloi kerana sikap pemaju yang lepas
tangan)
KUALA LUMPUR: Lebih 300 penghuni kondoinium mewah Gurney Height, Jalan Bukit
Keramat meminta pemaju perumahan bertanggungjawab menyelenggara dan membaiki
kerosakan kediaman sejak dialami hampir tiga tahun lalu.
Mereka mendakwa pemaju seperti melepaskan batuk di tangga kerana tidak kisah
dengan kerosakan bangunan, manakala tindakan mengatasi masalah tidak dibuat
secara serius.
Pengerusi Persatuan Penduduk Fasa 1, Arsharat Ali, 42, berkata sudah empat
kali dialog membabitkan pemaju dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
diadakan tetapi sehingga kini tiada tindakan membaik pulih diambil,
sebaliknya sekadar berjanji menelitinya lebih teliti.
"Mana mungkin kami bersabar kerana setiap bulan pemaju mengutip yuran
penyelenggaraan sebanyak RM300, tetapi masalah kebocoran air tidak
diselesaikan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas lawatan ke kondominium itu semalam.
Hadir sama Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Perancang Ekonomi dan
Penyelenggaraan Bangunan DBKL, Sukiman Surahman dan Pengarah Eksekutif Mampu
Jaya Sdn bhd, Hamdan Ismail.
Tinjauan mendapati, kondominium itu bukan saja mengalami masalah kebocoran
air sehingga meresap ke setiap nit kediaman, malah kerosakan syiling di unit
epenthousei dan tempat letak kereta tidak seragam.
Pemaju menggunakan paip besar seperti digunakan bomda untuk
memindahkan air dari fasa satu ke fasa dua kondominium untuk kegunaan
penghuni berikutan masalah bekalan air lebih dua bulan lalu.
Longkang juga tidak memusakan dengan kesan retakan konkrit, manakala pemaju
hanya menampal kesan retak abibat kebocoran air di tingkat bawah tempata
letak kereta menggunakan plaster.
Setiauasaha Persatuan Penduduk, Mohammad Shidek Nazaran, berkata pemaju
seharusnya bertanggungjawab menyelenggara kediaman kerana penghuni tidak
pernah lalai membaar yuran penyelenggaraan.
Sementara itu, Sukiman berkata kebanyakan kerosakan dipercayai berpunca
daripada struktur pembinaan dan penyelenggaraan.
"Dengan bayaran RM300 sebulan unit penyelenggaraa sepatutunya jalankan kerja
setimpal bayaran. Tetapi banyak perkara perlu diberulkan dan jika penghuni
membuat aduan sebelum strata dikeluarkan, pemaju perlu bertanggungjawab
sepenuhnya," katanya.
Sehubngan itu, Sukiman memberi tempoh enam bulan untuk pemaju membaik pulih
dan menyelenggara bangunan selepas kajian terperinci membabitkan aspek
teknikal dan kejuruteraan daripada perunding yang dilantik.
Bagaimanapun, Hamdan berkata masalah itu tidak seharusnya diserah kepada
syarikatnya semata-mata kerana pihaknya mengambil risiko menyiapkan
kondominium berkenaan daripada lebih lima pemaju keraa terbengkalai sejak
1996.
"Memanglah ada sedikit masalah kerana bangunan sudah terbengkalai lebih
empat tahun sebelum kami mengambil alih menyiapkannya pada 2000," katanya.
|