This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Konsep bina dan jual naikkan harga rumah

UTUSAN MALAYSIA  24/09/2005 

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Harga rumah dijangka naik antara 30 dan 50 peratus manakala bekalan rumah akan menurun 60 peratus jika kerajaan membuat keputusan untuk menjadikan konsep bina dan jual sebagai mandatori, kata Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA), Datuk Jeffery Ng hari ini.

Katanya, langkah untuk mengguna pakai konsep itu akan menimbulkan kesan yang besar ke atas sektor perumahan dan pembinaan di negara ini.

"Ini kerana hanya pemaju besar sahaja yang akan dapat kekal manakala yang kecil akan berkubur. Bukan sahaja itu, impak faedah sampingan akan menjadi signifikan kepada ekonomi kita," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Mapex 2005 di sini.

Mapex 2005, pameran hartanah tahunan anjuran REHDA dilancarkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting.

Ketika menggariskan 10 perkara mengenai pandangan persatuan itu terhadap konsep berkenaan, Ng berkata, perlu ada keseimbangan antara kepentingan ekonomi nasional dengan kumpulan pembeli rumah.

Beliau berkata persatuan itu telah mengemukakan kepada kerajaan satu memorandum yang menyatakan bahawa konsep itu tidak sepatutnya dijadikan mandatori tetapi dibenarkan wujud bersama dengan sistem sedia ada yang menawarkan pembeli satu pilihan satu untuk membeli rumah semasa pra-pelancaran (jual dan bina) atau beli rumah siap (bina dan jual).

"REHDA percaya harga rumah akan meningkat tinggi dan pengeluaran rumah akan merosot mendadak, kata Ng sambil menyatakan, industri itu telah membina kira-kira 150,000 unit rumah setahun sejak lima tahun lepas.

Katanya, pindaan yang dilakukan kepada Akta Perumahan dan Pembangunan 2002 menyebabkan pengenalan kawal selia yang ketat yang mana lesen pemaju boleh ditarik balik jika mereka gagal mematuhinya.

Ng berkata, konsep bina dan jual atau model 10:90 berasaskan model Australia tidak sesuai dilaksanakan di negara ini kerana perbezaan tahap kemajuannya.'

"Di Malaysia, pemaju memberi subsidi kepada perumahan kos rendah, melaksanakan kerja infrastruktur dan mematuhi kriteria tertentu seperti penyertaan Bumiputera. Adalah tidak betul untuk hanya mengambil sistem itu dan laksanakan di Malaysia," katanya.

Mengikut model 10:90 itu, pembeli rumah membayar 10 peratus ketika menandatangani perjanjian jual beli.

Wang diberikan kepada pemegang kepentingan dan pemaju membina rumah berkenaan. Apabila pemaju telah siap membina rumah dan telah menerima Sijil Untuk Menduduki (CF), pemaju kemudiannya mengutip wang 10 peratus beserta faedahnya dan pembeli membayar baki 90 peratus untuk memuktamadkan jualan itu.

Ng berkata, banyak anggota dalam industri itu membantah idea menjadikan konsep bina dan jual sebagai mandatori kerana ia boleh menyebabkan 'semua pihak menghadapi risiko dalam industri itu' kerana institusi kewangan hanya menampung pemaju besar disebabkan faktor risiko.

Katanya, ketika krisis kewangan tahun 1997/- 1998, sektor pembinaan merupakan pemacu ekonomi malah telah memperkenalkan kempen pemilikan rumah untuk mewujudkan peluang perniagaan. - Bernama

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.