Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

Isu rumah terbengkalai tidak berkesudahan
28/09/2005 BERITA HARIAN 

AMPAKNYA kes rumah terbengkalai masih berterusan dan tidak tahu bila akan selesai kerana tiadanya penyelesaian yang kukuh diambil. Saya melihat ramai individu yang tertindas dalam isu rumah terbengkalai ini.

Bayangkan jika satu taman perumahan yang terbengkalai ada 200 pembeli, bermakna ada 20,000 rakyat yang tertindas dan tidak mendapat pembelaan dengan andaian ada kira-kira 100 kawasan taman perumahan yang terbengkalai di Malaysia.

Isu ini tidak akan selesai selagi tiadanya tindakan penyelesaian yang bernas dijalankan oleh kerajaan dan semua pihak. Antara cadangan yang boleh kita fikirkan bersama ialah peranan yang boleh dimainkan oleh media iaitu dengan memaparkan isu ini di dada akhbar.

Ini satu cara pantas untuk menggesa pihak yang bertanggungjawab seperti pemaju untuk menyelesaikan perkara terbabit secepat mungkin. Selain itu, semua pembeli harus bersatu dan mengambil tindakan undang-undang mengikut saluran yang betul selepas mendapat khidmat nasihat melalui tribunal pengguna mahupun pihak guaman.

Bagaimanapun, jika hanya pihak pembeli saja yang bertindak tanpa kerjasama dan bantuan kerajaan selaku pentadbir, ia tetap tidak akan selesai.

Kerajaan juga perlu memainkan peranan penting dan campur tangan dalam masalah ini dengan bertindak membekukan atau tidak memberi kelulusan untuk projek perumahan baru selagi pemaju berkenaan tidak menyiapkan projek mereka yang terbengkalai.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga diminta mengeluarkan senarai utama pemaju dan syarikat serta ahli lembaga pengarah yang mempunyai projek perumahan terbengkalai dalam laman web mereka.

Ia akan memudahkan pembeli baru menyemak laporan berkenaan terutama secara on-line bagi mengetahui adakah pemaju bagi kawasan perumahan baru yang hendak mereka beli, masih mempunyai projek terbengkalai atau tidak.

Sebagai rakyat dan pengguna di Malaysia, kita tidak mahu pemaju terus buat projek baru, gunakan duit projek baru ini untuk siapkan projek yang terbengkalai.

Selain itu, kerajaan negeri seharusnya menggalakkan pembeli membeli rumah yang siap dibina.

Sebagai contoh, kita boleh lihat di kawasan Seremban dan Senawang di mana banyak rumah siap di bina dan dijual pada harga yang berpatutan.

Mungkin kerajaan Negeri Sembilan boleh menjadi perintis bagi menyelesaikan perkara ini. Saya yakin jika langkah ini dilakukan dengan sebaik mungkin dengan kerjasama semua pihak sama ada pihak kerajaan, individu yang terbabit serta pihak pemaju berkenaan, maka isu rumah terbengkalai dapat diselesaikan.

NORWANI AHMAT,
Seremban, Negeri Sembilan.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.