This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Cukai atasi lebihan rumah
utusan.com.my 19/9/2005 Oleh Ainul Asniera Ahsan

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Kerajaan dijangka mampu menangani masalah perumahan kos sederhana tidak terjual yang bernilai berbilion ringgit jika kadar cukai pendapatan individu diturunkan dalam Bajet 2006.

Pensyarah Pengurusan Hartanah, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shahrom Md. Ariffin berkata, sekiranya pengurangan cukai itu dibuat, ia bukan sahaja akan menyegerakan jualan stok rumah kos sederhana tetapi membantu keluarga yang berpendapatan antara RM2,000 hingga RM3,000 memiliki rumah sendiri.

Katanya, kebanyakan rumah kos sederhana yang tidak terjual itu adalah peruntukan kepada pembeli Bumiputera. Pusat Maklumat Hartanah Negara melaporkan, sehingga kini terdapat lebih 15,000 buah rumah kos sederhana yang masih tidak dapat dijual di Selangor dan Johor Bahru.

Tahun lalu, Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah mendedahkan sebanyak sejuta keluarga berpendapatan antara RM1,500 hingga RM3,000 tidak memiliki rumah sendiri.

Mereka dikenal pasti tidak mampu membeli rumah jenis kos lain tetapi tidak layak membeli rumah kos rendah.

Keadaan itu juga dipercayai menyebabkan lebih 300,000 rumah kos rendah di seluruh negara tidak dapat dijual.

``Saya yakin sekiranya kerajaan menurunkan cukai pendapatan individu, ia akan dapat mempengaruhi orang ramai yang belum memiliki kediaman untuk membeli rumah sendiri.

``Tetapi, syaratnya, Bank Negara Malaysia (BNM) tidak menaikkan kadar faedah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Bagaimanapun, Shahrom berkata, sekiranya BNM menaikkan kadar faedah, langkah itu akan memberi kesan besar dalam industri perumahan dan hartanah kerana kadar pinjaman menjadi lebih mahal.

Seperti penganalisis ekonomi lain, Shahrom juga menjangkakan kerajaan tidak akan mengurangkan banyak cukai kerana negara sedang berhadapan dengan faktor tolakan kos.

Katanya, kerajaan tidak boleh mengurangkan terlalu banyak cukai kerana ia boleh menjejaskan pendapatan negara.

``Kerajaan sudah pun kehilangan pendapatan sebanyak RM544 juta melalui pengurangan cukai jalan baru-baru ini,'' katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.