This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Kontraktor derita sikap pemaju
04/08/2005 Harian Metro

SAYA mewakili puluhan rakan kontraktor Melayu dan Cina di Selangor tidak puas hati dan amat kecewa dengan sikap pemaju syarikat perumahan.


Bayaran tunggakan kerja menyiapkan prasarana perumahan, perparitan dan infrastruktur awam beberapa projek di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung tidak dibayar sejak lima tahun lalu.


Dianggarkan kerugian ditanggung kami melebihi RM1.8 juta bagi satu projek kerana keengganan syarikat itu melunaskan pembayaran yang dijanjikan.


Ke mana perginya janji dan tanggungjawab pemaju gergasi yang kononnya mahu menjadikan Bukit Beruntung sebagai Petaling Jaya Kedua awal 1990 an dulu.


Untuk makluman, saya dapat menyiapkan projek diberikan pemaju berkenaan dalam tempoh ditetapkan dengan sempurna namun pemaju cuba mengelak daripada membayar pada masa yang sepatutnya.


Pemaju berkenaan melakukan perkara yang sama terhadap kontraktor di beberapa kawasan projek lain termasuk Templer Park, Selayang dan Puchong sejak tiga tahun lalu.


Saya berharap keluhan ini diambil serius Menteri Perumahandan Kerajaan Tempatan dengan sewajarnya.


Saya sanggup tampil mengemukakan aduan rasmi kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan tegas. Keengganan pemaju membayar sejumlah wang itu menyebabkan kami gagal menyambung beberapa projek perumahan lain.


Diharap pemaju segera mengambil tindakan dan bertanggungjawab.

KONTRAKTOR SENGSARA,
BukitBeruntung.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.