KUALA LUMPUR Semua pihak perlu
segera melaksanakan konsep 'bina dan jual' rumah yang disarankan kerajaan
sejak setahun lalu bagi melindungi hak pembeli, kata Pengerusi Jawatankuasa
Kira-Kira Wang Awam (PAC), Datuk Shahrir Abdul Samad.
Beliau berkata, usaha itu perlu kerana konsep berkenaan jelas mampu
melindungi pembeli rumah daripada ditipu pemaju.
"Konsep bina dan jual ini mampu menangani perkara itu dan PAC yakin jika ia
dilaksanakan, tidak akan berlaku kes pembeli ditindas seperti yang terjadi
sekarang," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat PAC selama dua hari ang
berakhir di sini, semalam