Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

Bank setuju konsep bina dahulu
Kosmo 31/08/2005

KUALA LUMPUR - Bank-bank komersial telah menyatakan persetujuan agar pinjaman perumahan dilaksanakan mengikut konsep bina rumah terlebih dahulu sebelum menjualnya kepada orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC), Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, persetujuan yang diperoleh pada mesyuarat PAC dengan beberapa pihak di sini semalam itu merupakan sesuatu yang agak melegakan.

"Kalau pihak bank sudah menyatakan persetujuan ke arah melaksanakan konsep yang sangat baik ini, PAC berpendapat pihak yang lain perlu bersama-sama menjayakannya," katanya.

Sehubungan itu katanya, semua pihak perlu melaksanakan segera konsep 'bina dan jual' rumah yang disarankan kerajaan sejak setahun lalu bagi melindungi hak pembeli daripada ditindas.

Beliau berkata, konsep itu ternyata mampu melindungi pembeli rumah daripada ditipu pemaju.

"Konsep bina dan jual ini akan mampu menangani perkara itu dan PAC yakin jika ia dilaksanakan tidak akan berlaku kes pembeli ditindas seperti yang banyak berlaku sekarang," katanya.

Mesyuarat itu membincangkan masalah pembelian rumah yang turut dihadiri wakil Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bank Negara Malaysia dan pemaju perumahan.

Shahrir berkata, PAC sangat memahami masalah pembeli yang merasakan diri mereka telah teraniaya apabila terpaksa membuat potongan gaji sedangkan rumah yang dijanjikan belum siap.

Mengenai mesyuarat PAC itu, Shahrir berkata, ia membincangkan peranan. Padi Beras Nasional Bhd. (Bernas) dalam membekal keperluan beras terhadap penduduk negara ini yang semakin meningkat.

"PAC berpendapat Bernas perlu meningkatkan lagi tahap pengeluaran beras negara melebihi 92,000 metrik tan beras sebulan sebelum ini sejak 1996," katanya.


Beliau berkata, pengeluaran beras sebanyak itu adalah tidak munasabah dengan jumlah penduduk negara yang sudah mencapai 25 juta orang ketika ini.

Shahrir berkata, pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang hadir pada mesyuarat itu sudah bersetuju untuk menilai semula keperluan beras semasa.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.