Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

Selangor pulih 10 projek rumah terbengkalai
31/07/2005 Mingguan Malaysia

KLANG 30 Julai - Sepuluh daripada 40 projek rumah kos rendah yang terbengkalai di Selangor sejak beberapa tahun lalu telah dipulihkan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.


Baki 30 projek sedang dalam peringkat perbincangan dan dijangka diselesaikan dalam tempoh tiga hingga enam bulan lagi, katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci rumah pangsa kos rendah Rebana di Bandar Bukit Raja di sini hari ini.


Hulu Selangor dan Kuala Selangor dikenal pasti mempunyai projek rumah kos rendah terbengkalai paling tinggi di negeri itu.


Mohamad Khir berkata kerajaan negeri sedang menyendiakan satu senarai pemaju yang diiktiraf untuk mengendalikan projek rumah kos rendah di negeri itu.


"Ini dapat mengelak pembeli daripada ditipu," katanya. Senarai pemaju itu akan disiarkan dalam taman web rasmi kerajaan negeri.


Mohamad Khir juga berkata, kerajaan negeri mahu rumah kos rendah di Selangor dikenali sebagai 'pangsapuri' agar pembeli dan peduduk di kawasan terbabit tidak merasa terpinggir.


"Kita tidak mahu mereka merasa rendah diri, tetapi harga dan polisi rumah kos rendah tetap sama, cuma dari segi nama sahaja diubah," katanya.- Bernama

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.