This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

CF tiada, air percuma 4 tahun
Kosmo 29/7/2005

BARU-BARU ini, teman saya telah menghadiri pertemuan bersama penduduk Bandar Seremban Selatan Fasa 3, Sg. Gadut, Seremban untuk mendengar rintihan mereka yang berada dalam kebimbangan sejak mendiami kawasan tersebut lebih empat tahun lalu. Mereka hanya golongan pekerja kerajaan dan swasta yang terdiri dari semua lapisan kaum - Melayu, Cina, India yang mengharapkan sebuah rumah sempurna dan gah diduduki.


Entah bagaimana perundingan antara penduduk dan pemaju perumahan tersebut Rhombus Sdn. Bhd., setelah rumah siap, mereka dibenarkan menduduki rumah tersebut walaupun tiada sijil layak menghuni (CF).


Entah macam mana perundingan antara pemaju, penduduk dan Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS), air telah dibekalkan ke setiap rumah tanpa menggunakan meter. Boleh dikatakan lebih kurang 100 buah rumah di kawasan
ini telah mendapat perkhidmatan JBANS tanpa pemasangan meter air.


Namun bukanlah sesuatu disengajakan oleh penduduk kerana mereka sendiri dalam kegusaran berapakah tunggakan bil air yang akan mereka bayar untuk tempoh selama empat tahun.


Bukan setakat tunggakan bil air sahaja menjadi kebimbangan mereka, malah apa yang lebih merunsingkan mereka ialah mengenai perlindungan insurans memandangkan rumah yang mereka diami tiada CF. Sekiranya apa-apa berlaku pada rumah atau pada pemilik rumah, sudah pasti perlindungan insurans tidak akan melindungi mereka memandangkan rumah itu belum sah untuk diduduki oleh pihak berkuasa tempatan.


Rata-rata penduduk di sini mengharapkan agar ada pihak yang ingin membantu menyelesaikan masalah mereka walaupun sebelum ini beberapa pertemuan telah dibuat dengan pihak pemaju dan beberapa agensi yang terlibat.


Atau perlukah masalah ini diketengahkan dalam media? Kepada pemimpin UMNO, perjuangkanlah nasib kaum Melayu yang ada 40 peratus di sini, kepada pemimpin MCA lihat nasib kaum Cina yang ada 30 peratus, kepada pemimpin MIC perjuangkan nasib kaum India yang ada 30 peratus di sini.

ROZMAL MALAKAN
Negeri Sembilan

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.