This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

23 pembeli dakwa ditipu pemaju perumahan
Berita Harian 18/7/2005 Oleh Noorwati Salleh

Pemilik syarikat yang juga pasangan suami isteri itu didakwa telah mengambil wang cagaran RM41,000 daripada pembeli
 


DITIPU: Sebahagian pembeli rumah yang tertipu dengan pemaju Mahligai Permai menunjukkan tapak perumahan di Fasa 1 A5,
Di Bandar Damansara, Kuantan yang masih kosong.

 

KUANTAN: Seramai 23 bakal pembeli rumah projek Fasa 1A5, Bandar Damansara dekat sini mendakwa menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat pemaju perumahan di sini, apabila pemaju yang bertanggungjawab lesap dan pejabatnya didapati sudah ditutup.

Malah pemilik syarikat itu membabitkan pasangan suami-isteri berumur dalam lingkungan 20-an dikatakan sudah mengambil wang cagaran sebanyak RM41,000 daripada semua pembeli terbabit sejak tahun lalu.

Mereka juga mendakwa syarikat itu hanya mengeluarkan resit pembayaran cagaran itu menggunakan sekeping kertas yang dicetak tanpa kepala surat rasmi dan tandatangan, kecuali cop syarikat.

Cara pihak syarikat itu mengeluarkan resit juga dicurigai, tetapi pada awalnya bakal pembeli tidak menyangka mereka akan tertipu.

Ini kerana pemaju menunjukkan lokasi projek yang hendak dilaksanakan dan ia amat meyakinkan mereka.

Bakal pembeli pelbagai jenis rumah itu membuat bayaran cagaran itu antara RM500 hingga RM3,000 setiap seorang.

Ketua Jawatankuasa Bertindak Mangsa Mahligai Permai projek perumahan itu, Mohd Azmi Othman, berkata sebahagian besar mangsa cuba mendapatkan semula wang cagaran itu, tetapi sehingga ini masih gagal.

“Isnin depan, saya akan menghantar memorandum kepada tribunal tuntutan pembeli rumah, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi mendapatkan semula bayaran wang cagaran berjumlah RM41,000 daripada syarikat itu,” katanya.

"Mereka menyedari ditipu kerana tiada tanda projek itu akan dilaksanakan manakala usaha kami untuk mendapatkan semula wang berkenaan selepas dimaklumkan peguam bahawa pembeli boleh mendapat semula wang itu atau menerima tawaran projek perumahan lain, gagal.

“Pada awalnya, pasangan suami isteri itu dikatakan memberi pelbagai alasan, tetapi kini mereka sudah menghilangkan diri, manakala telefon bimbit dimatikan serta pejabatnya tidak lagi beroperasi.

“Saya yang mewakili 23 bakal pembeli bagi projek Fasa 1A5 Bandar Damansara di sini amat kesal dengan sikap pemaju perumahan itu.

“Saya sudah membayar wang cagaran RM2,000 kepada syarikat terbabit pada 1 April tahun lalu, tetapi kini hanya dapat melihat tapak projek yang tidak diketahui siapa pemiliknya.

“Usaha untuk mendapatkan wang cagaran sudah dilakukan tetapi kami tidak yakin kerana pemiliknya gagal dihubungi, manakala pejabatnya di Sri Dagangan di sini sudah ditutup,” katanya ketika ditemui di tapak projek di Damansara yang didakwa pemaju untuk perumahan itu.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Mahligai Permai, Mohd Nazrul Izzat Mohd Arsad ketika dihubungi di sini, semalam berkata 23 pembeli rumah terbabit boleh mendapatkan keterangan lanjut melalui peguamnya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.