Siap
bina dulu baru jual
Kosmo 03/06/2005
KUALA LUMPUR - Berikutan banyak kes rumah terbengkalai, Pusat
Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) mendesak kerajaan mengamalkan
segera konsep bina dan jual agar pembeli rumah tidak teraniaya.
Menurut Pengurus Aduan dan Penyiasatan NCCC,
Darshan Singh, konsep itu telah lama diamalkan di beberapa negara
luar termasuk Jepun demi melindungi hak pembeli.
"Dengan konsep ini, pemaju perlu membina sehingga
siap rumah sebelum pembeli membayar pinjaman kepada bank," katanya
ketika mengulas masalah yang terpaksa ditanggung oleh 87 pembeli di
Taman Senawang Jaya Fasa 1-C, Seremban yang terbengkalai sejak 22
tahun lalu.
la disiarkan KOSMO! pada Rabu lalu. Jelasnya,
konsep diamalkan sekarang menyukarkan pembeli jika projek
terbengkalai.
"Bila rumah terbengkalai pihak bank tetap
meneruskan kutipan pinjaman, jika tidak mereka akan membawa kes ke
mahkamah. lni satu masalah serius, kerajaan perlu melihatnya dengan
teliti," katanya.
Kata beliau, pihaknya menerima 20 laporan "
mengenai projek perumahan terbengkalai dalam tempoh enam bulan
sehingga bulan lalu.
"Pengguna harus bijak sebelum membeli dengan
menyiasat terlebih dahulu latar belakang pemaju," katanya sambil
menasihatkan orang ramai supaya tidak termakan pujuk dan janji manis
pemaju.
Beliau menggesa orang ramai tidak terburu-buru
untuk memiliki rumah, tetapi berhati -hati apabila membuat keputusan
untuk membeli rumah. |