BERLUMUT: Dinding bangunan bocor
yang tidak
dibaiki sehingga sekarang.
SUBANG JAYA: Penghuni di enam blok Pangsapuri Sri Pelangi, Pinggir Subang
dekat sini tidak mampu bersabar lagi dengan kerenah pemaju yang sehingga
kini gagal menyelesaikan masalah yang membelenggu mereka.
Ia terbukti dengan kata-kata seperti ‘pemaju penipu, Datuk Mokhtar tolonglah
kami dan mana janji anda’ yang ditulis dan ditampal pada dinding untuk melahirkan
rasa marah dan geram terhadap pemaju.
TAK BERMUTU:
Suri rumah,
Norhayati Embong,
menunjukkan siling
rumahnya yang tidak
rata dan beralun.
Masalah bukan baru kerana berlanjutan sejak tiga tahun lalu tetapi tiada
inisiatif pemaju menyelesaikannya. Ia berikutan kegagalan pemaju menyediakan
kediaman bermutu dan mengikut klasifikasi yang ditetapkan.
Perbincangan demi perbincangan diadakan antara penduduk, Majlis Bandaraya
Shah Alam (MBSA) dan pemaju, namun tiada penyelesaian berikutan pemaju bersikap
lepas tangan.
Kemarahan berasas apabila wakil Sentral melihat keretakan, bocor, banjir
kilat dan pemasangan bingkai tingkap yang senget. Ukuran pintu tidak standard
serta koridor balkoni yang terlalu rendah di bawah paras pinggang orang
dewasa mengundang kecewa pembeli.
Rumah kami
bocor, senget,
retak pada dinding
dan paling malang,
ada yang banjir
kilat walaupun berada
di tingkat lima
Sharqawi Abdul Aziz
Pekerja swasta.
Pangsapuri yang dibeli pada harga RM76,000 hingga RM120,000 seunit tiga
tahun itu langsung tidak memenuhi cita rasa penghuni, apatah kualitinya
yang begitu rendah.
Presiden Persatuan Penduduk Pangsapuri Sri Pelangi, Sha Abdul Hameed Noor
Mohamad, berkata sejak tiga tahun lalu pelbagai usaha dilakukan termasuk
dialog bersama pemaju.
“Setiap kali sesi dialog mereka tidak pernah datang. Contohnya hari ini,
semua pihak hadir seperti MBSA dan penduduk tetapi mereka tiada. Macam mana
masalah ini nak diatasi jika pemaju tidak mahu bersemuka,” katanya.
Disebabkan masalah yang tidak diselesaikan, penghuni terpaksa menanggung
bebanan apabila pemaju memotong bekalan air kerana tidak membayar yuran
penyelenggaraan, sekali gus menyusahkan penghuni.
Pekerja swasta, Sharqawi Abdul Aziz, 33, berkata sebagai pembeli beliau
kecewa dengan sikap pemaju yang lepas tangan dan tidak mengendahkan keselamatan
pembeli yang terancam.
“Sepatutnya mereka mementingkan kualiti rumah demi keselamatan dan nyawa
pembeli. Ini tidak, mereka membina rumah mengikut kehendak dan cita rasa
sendiri.
Kakitangan swasta, Ramli Ismail, 35, tidak berpuas hati dengan hasil kerja
pemaju.
“Banyak sangat masalah. Ada tiang...tingkap sengit, ada bumbung bocor dan
pelbagai lagi masalah yang sehingga kini belum diselesaikan,” katanya.
Sebelum itu, pada dialog bersama penduduk, Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Datuk Mohd Mokhtar
Ahmad Dahalan, berkata pihaknya akan memastikan memorandum yang dihantar
kepada pemaju mendapat tindak balas segera.
“Kita mahu berbincang dengan mereka dan kita mahu sekiranya mereka menghantar
wakil, biarlah wakil itu boleh membuat keputusan.
“Ini kerana, kita tidak mahu wakil yang datang itu hanya sekadar mendengar
sedangkan kita mahu keputusan dibuat segera,” katanya.