Lebih 60 pemaju sertai
pameran hartanah di PWTC
Harian Metro 2/6/2005Lebih 60 pemaju dengan
100 projek pembangunan bernilai RM800 juta akan mengambil bahagian
dalam Pameran Hartanah Mega Malaysia Edisi ke-10 2005 anjuran
Exhibition Guide (M) Sdn Bhd bermula 3 hingga 5 Jun ini di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Kira-kira 30,000 pengunjung dijanka mengunjungi
pameran yang menawarkan 5,000 unitt kediaman berharga antara
RM42,000 hingga RM2 juta seunit dengan sokongon pinjaman daripada
tujuh bank.
Sempena pameran itu, pelbagai diskaun dan insentif
ditawarkan, malah ia turut menyokong Program Malaysia Rumah Kedua-ku
(MMSHP) bagi menarik lebih ramai warga asing melabur dalam hartanah
bernilai RM150,000 ke atas.
Penganjur dalam kenyataannya berkata, pihaknya
akan memberi direktori MMSHP dalam lima bahasa termasuk bahasa China
turu diberikan kepada warga asing khas untuk pameran selama tiga
hari itu.
Selain itu, Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan
(HBA) akan mengadakan seminar khas untuk pembeli rumah pertama kali
serta khidmat nasihat perundangan bertajuk 'Strata Title Seminar'
pada 3 Jun di Bilik Kelantan, PWTC bermula jam 2.30 hingga 5.30
petang.
Mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran
dengan menghubungi talian 012-3345 676 atau emel info@hba.org.my. |