This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Tindakan menanti pemaju penipu
Kosmo 1/5/2005

Kuala Lumpur - Awas kepada semua pemaju perumahan! Jika berhasrat untuk membina rumah secara 'cincai' dan lebih mengutamakan keuntungan semata-mata, lebih baik lupakan niat itu.

Ini kerana jika didapati bersalah, pemaju bukan sahaja didenda RM500,,000, malah mungkin merengkok di penjara sehingga tiga tahun dan nama pemaju disenaraihitamkan.

Malah, beberapa pemaju kini sedang menunggu 'nasib' masing-masing kerana kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengambil tindakan tegas kepada pemaju yang menipu dan menyeleweng.

Menurut Pengarah Pengawasan dan Penguatkuasaan kementerian, T.G. Parameswaran, kini beberapa syarikat pemaju perumahan sedang disiasat pihaknya atas beberapa aduan yang diterima dan jika dibuktikan, pemaju tersebut akan didakwa.

Tegas beliau, pihaknya tidak teragak-agak mengenakan tindakan tegas terhadap kesalahan yang dikenal pasti bertujuan memastikan keselesaan pengguna,  pemaju dan kerajaan berjalan lancar.

"Setiap hari Bahagian Pengawasan dan Pelesenan kementerian menerima ratusan aduan daripada pembeli yang tidak berpuas hati dengan rumah mereka yang mengalami kecacatan dan pemaju yang mungkir janji," katanya.

Bagaimanapun, Parameswaran enggan mendedahkan berapa bayang syarikat pemaju yang telah disenaraihitamkan atas pelbagai kesalahan, sebaliknya menggesa pemaju supaya memandangka serius amaran yang diberikan agar masalah penyelewengan melibatkan pemaju tidak berlaku lagi.

Setakat ini sebanyak 11,857 aduan diterima sejak tahun 2003 hingga 31 Mac tahun ini. Kebanyakan aduan yang diterima berkaitan projek terbengkalai, pemaju melarikan diri, tiada status strata, tiada sijil layak menduduki (CF) dan meleweng wang pembeli.

"Akibatnya ramai pembeli menanggung kerugian dengan terpaksa menanggung hutang ke atas pinjaman bank dan sebaiknya rumah yang dijanjikan tidak pernah siap.

"Selain itu, masalah pemilikan sijil layak menduduki dan pemilikan status strata sesebuah rumah turut menjadi beban utama pembeli rumah yang hadir ke kementerian," ujurnya.

Daripada 11,857 aduan yang diterima, sebanyak 9,512 kes berjaya di selesaikan. Selebihnya masih dalam siasatan kementerian.

"Pun begitu, dari jumlah tersebut Lembah Klang merupakan kawasan tertinggi aduan kes diterima ekoran keadaan pembangunan pesat," katanya.

Justeru, kementerian kini dalam proses meminda undang-undang yang berkaitan untuk meningkatkan keberkesanan pemantauan dan penguatkuasa undang-undang.

"Perubahan ini juga bertujuan bagi mengukuhkan lagi kuasa kementerian dalam melindungi pembeli rumah dan melahirkan pemaju perumahan yang beretika.

"Cadangan tersebut termasuklah melaksanakan konsep bina dan jual rumah dan menukar Sijik Layak Menduduki (CF) kepada Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) bermula hujung tahun ini.

"Dengan cadangan baru itu, ekonomi negara dapat diperbaiki dan ditingkatkan ke arah yang lebih positif bagi pembangunan industri perumahan negera selepas ini," katanya.

Para pembeli rumah yang merasakan mereka ditipu oleh pemaju juga diminta tampil membuat aduan jika berlaku masalah berbangkit selepas itu.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.