This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Tawaran menarik, gagal ditepati (Pembeli harus bijak memilik rumah dan pemaju)
Kosmo 1/5/2005

KUALA LUMPUR - Tidak lengkap kehidupan berumah tangga tanpa memiliki sebuah rumah idaman untuk keluarga. Namun untuk memilikinya, bukan perkara mudah. Bukan sahaja memerlukan wang yang banyak, malah lokasi dan keselesaan turut menjadi perhitungan.


Mungkin ramai yang terpaksa 'makan hati berulam jantung' akibat kerenah pemaju yang gagal menepati janji mereka seperti yang ditawarkan.


Kes yang lumrah ialah kualiti rumah tidak menepatu spesifikasi yang ditawarkan, berlaku kecacatan, lewat, tidak mendapati sijil layak menduduki (CF), malah lebih menyedihkan ada pemaju yang 'cabut lari' membiarkan pembeli menanggung beban pinjaman.


Sebenarnya, mungkin ramai yang tidak menyedari, pelbagai cara dilakukan pemaju untuk menarik perhatian pembeli dengan menawarkan pelbagai iklan.


Malah, ada pemaju terang-terangan cuba menipu dan mengelirukan pembeli semasa menyertai Pameran Hartanah dan Perumahan Malaysia yang diadakan setiap tahun.


Perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Pembeli-Pembeli Rumah Malaysia (HBA), Chang Kim Long. Menurutnya, hasil pemantuan HBA semasa pameran hartanah yang lalu, penawaran harga, iklan dan projek perumahan yang dicadangkan pemaju boleh dicurigai kerana risalah iklan yang diedarkan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


Risalah iklan yang diterbitkan pemaju tidak kelihatan tidak mepunyai maklumat projek yang lengkap, menjual projek yang telah tamat tempoh lesen dan iklan, malah ia tidak disedari, selain mengelirukan pembeli.


"Selain itu, pemaju yang terlibat juga ada di antara mereka yang telah mempunyai rekod buruk dalam sejarah projek perumahan dan masih dibenarkan menyertai pameran.


"Oleh itu, HBA menasihatkan pembeli rumah agar lebih berhati-hati apabila hendak membeli rumah dan mendapatkan nasihat mereka yang mahir sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah.


"Pada masa yang sama, kerajaan perlu tegas dalam memantau pemaju yang menyeleweng dan tidak jujur dalam menjalankan projek mereka agar tidak terus-menerus lakukan kesilapan," ujarnya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.