Tanah mendap berulang
20/05/2005
Utusan Malaysia
PUCHONG 19 Mei - Lebih 15 keluarga di Kampung Lembah, Batu 11, di sini
sekali lagi dike-jutkan dengan ancaman kejadian ta-nah mendap di kawasan
penempatan tersebut pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, satu lubang
sedalam 50 meter dan 30 meter lebar terbentuk di kawasan yang pernah
berlaku kejadian serupa pada 14 April lalu.
Sebuah rumah yang dikosongkan juga dilaporkan hampir
runtuh akibat kejadian itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kinrara, Dr. Kow Cheong Wei
yang ditemui pemberita ketika melawat tempat kejadian petang ini berkata,
kejadian tersebut disedari oleh penduduk kira-kira pukul 9 pagi setelah
hujan lebat selama beberapa jam.
"Tempat ini memang sudah berlaku tanah runtuh sebelum
ini.
Bagaimanapun, kejadiap hari ini menyebabkan lubang
semakin dalam dan lebar.
"Pun begitu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana
rumah-rumah di kawasan runtuhan sudah dikosongkan," katanya.
Dalam kejadian 14 April lalu, satu lubang sedalam 30
meter dan 15 meter lebar terbentuk di hadapan sebuah rumah penduduk di
kampung berkenaan yang terletak kira-kira 50 meter dari Lebuh Raya
Damansara-Puchong (LDP).
Kejadian tersebut mengakibatkan laluan LDP di Kilometer
20 ditutup sementara dan dibuka semula pada hari berikutnya.
Menurut Cheong Wei, pihaknya telah mengadakan mesyuarat
dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Tanah Daetah Petaling,
Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
untuk tindakan lanjut.
"Buat permulaan, kita mungkin mengubah sistem laluan
aliran air yang dikatakan punca berlakunya tanah runtuh iaitu dari Rutan
Simpan Air Hitam ke Sungai Klang," jelasnya. |