This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Sengsara hidup di Bukit Sentosa
KOSMO 2/5/2005

RAWANG - Ketika Selangor menuju taraf negeri maju pada 2010, jelas tergambar kekecewaan pada wajah Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali, Datuk Zainal Abidin Sakom mengenangkan nasib 5,000 penduduk di Bukit Sentosa yang sengsara menjalani kehidupan harian masing-masing.

Zainal terpaksa mengangkat bendera putih setelah habis ikhtiarnya cuba menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi penduduk di situ. Kini beliau menyerahkan perkara itu kepada budi bicara ketuanya, Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo yang juga Menteri Besar Selangor.

Bayangkan betapa sengsara kehidupan harian penduduk Bukit Sentosa tanpa pengangkutan bas awam, tekanan bekalan air yang rendah dan keadaan pangsapuri yang uzur dengan dinding yang retak serta sebahagian bumbung tercabut.

Namun kesengsaraan hidup itu tidak diendahkan oleh pihak bertanggungjawab walaupun banyak aduan telah dibuat sejak pertengahan tahun 2001.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Selangor diminta bertindak segera mengatasi masalah kemudahan asas di situ setelah Zainal sendiri tidak berdaya lagi menghulurkan bantuan.

Dengan nada yang rendah, Zainal sendiri membuat rayuan itu selepas meninjau masalah penduduk di kawasan tersebut bersama KOSMO! baru-baru ini.

Zainal begitu sedih dengan apa yang berlaku dan meminta syarikat pemaju Talam Corporation menyegerakan segala projek tertunda seperti pembinaan tangki air yang sepatutnya siap 2003 lalu.

Ini untuk membolehan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd. (Syabas) mengambil alih urusan membekalkan air bersih kepada penduduk.

Selama ini penduduk 'sengsara' kerana hanya bergantung pada sebuah tangki air di Taman Telipot yang menerima bekalan dari Sungai Timah.

Tekanan air yang rendah menyebabkan ramai sering terputus bekalan, malah pernah selama tiga minggu ketiadaan bekalan itu.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Blok Bakawali, Rashidi Ramli, 46, menunjukkan buku memorandum permasalahan penduduk yang mengandungi segala aduan bertarikh 1 Jun 2001.

Memorandum itu dihantar kepada pemaju, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), pejabat kerajaan Negeri Selangor dan salinan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

"Tetapi sehingga ke tahun ini, tiada sebarang tindakan diambil," katanya hampa. Disebabkan tidak tahan mengangkut air setiap hari ke unit pangsapuri masing-masing, ada penduduk terpaksa membeli dan memasang sendiri pam air berharga RM120.

Seorang penduduk, K.Ramiesh berkata, mereka terpaksa memnjalani kehidupan yang sengsara dan serba tidak sempurna sepanjang empat tahun tinggal di situ.

Bagaimanapun, dia tidak berniat berpindah ke tempat lain kerana telah membelanjakan banyak wang untuk membeli dan mengubabsuai rumahnya.

Rahmah Mahmud pula menceritakan nasib malangnya, membasuh pakaian di kaki lima di bawah pangsapuri itu kerana ketiadaan bekalan air paip di bilik air.

Masalah itu semakin membebankan kerana dia yang mengidap penyakit darah tinggi, tidak berdaya mengangkut air ke rumahnya di tingkat lima.

Di pangsapuri Sri Anggerik 3 pula, selain masalah air, penduduk juga bimbang kepingan bumbung pangsapuri yang telah tercabut sehingga menyebabkan ada rumah penghuni bocor dimasuki air.

"Keadaan siling yang teruk diselaputi kulat dan cat yang tertanggal, amat membimbangkankami sekeluarga," kata Ismail Ghazali, 37, yang menghuni tingkat lima blok D, pangsapuri itu.

Pada satu blok pula terdapat rekahan sebesar ibu jari tangan jelas kelihatan pada dinding blok tersebut.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.