Selamatkah
rumah anda?
Pemaju cincai bina rumah, hanya pentingkan untung
KOSMO 01/05/2005 Oleh Basir Abu Bakar
KUALA LUMPUR - Pelindung maut! Sedar atau tidak, kebanyakan rumah kediaman
yang dibina di negera ini masih tidak menepati standard kualiti yang
sepatutnya.
Kenapa perkara ini berlaku? Adakah kerana permaju hanya ingin mendapatkan
keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira keselesaan pembeli atau wujud
penyeleweng dalam kelulusan projek?
Hasil kajian Pusat Kajian Perumahan, Universiti putra Malaysia mendapati
pemaju cuba 'lepas tangan' dalam menyediakan rumah mengikut standard.
Pengarahnya Prof. Abang Abdullah Abang Ali berkata, kebanyakan rumah yang
dibina di Malaysia tidak mempunyai strukur pengudaraan yang baik,
memerangkap panas, tiada kemudahan awam lengkap dan bentuk rumah yang
tidak menekankan aspek keselamatan.
"Disebabkan keadaan tersebut kebanyakan rumah yang dibina hari ini
cenderung menjadi panas sepanjang masa dan susah mendapat kelulusan sijil
layak menduduki (CF) kerana tidak mengrikuti piawaian pembinaan ditetapkan.
"Selain itu, bahan-bahan yang digunakan untuk pembinaan juga digunakan
untuk pembinaan juga menggunakan bahan yang kurang berkualiti dan tersasar
dari piawaian kejuruteraan pembinaan sehingga menyebabkan struktur binaan
tidak kukuh atau mudah berlaku keretakan", katanya kepada KOSMO! Ahad.
Bagaimanapun dengan cadangan memperkenalkan sijil Penyiapan dan Pematuhan
(CCC) menggantikan CF, beliau percaya masalah penyelewengan pengeluaran
sijil tersebut dapat diatasi.
"Jika seblum ini wujudnya penyelewengan pengeluaran CF diperingkat pihak
berkuasa tempatan dengan amalan rasuah, maka dengan cadangan CCC tersebut,
saya percaya ia dapat diatasi kerana setiap kseilapan yang dila kukan oleh
arkitek dan jurutera akan dipantau oleh lembaga yang mempunyai kepakaran
dalam bidang masing-masing", katanya.
Tambah beliau, kerja-kerja yang dilakukan jurutera sememangnya diawasi
oleh
etika kerjanya, undang-undang dan Lembaga Jurutera Malaysia bagi
memastikan setiap tugas dilakukan dengan cermat dan jujur.
"Sebarang kesilapan dan penyelewengan yang berlaku adalah tanggungjawab
merek.Maka,jurutera terbabit akan dipertang gungjawabkan sepenuhnya.
"Kemungkinan lesen jurutera mereka disenari hitam dan
ditarik balik jika ahli mesyuarat lembaga mendapati berlakunya pelanggaran
undang-undang oleh jurutera terbabit semasa menjalan kan tugas
masing-masing", ujarnya.
Beliau turut menasihatkan agar pengguna mendapat kan
khidmat nasihat daripada pakar sebelum membuat sebarang pembelian rumah.
"Dengan nasihat yang diterima, saya percaya pengguna
atau pembeli rumah akan lebih peka dan teliti dalam membuat pilihan.
"Pada masa yang sama, mereka tidak akan mudah ditipu dan
tertipu oleh iklan
dan janji-janji manis pemaju yang suka mengambil kesempatan atas kelalaian
pembeli rumah", tambahnya. |