This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah tiada bekalan elektrik
BH 06/05/2005 Oleh KC Chong

PUCHONG: Hasrat lebih 250 pembeli untuk berpindah ke rumah idaman di Taman Perumahan Fasa 5C Lestari Puchong di Bandar Puchong Permai berkecai berikutan rumah itu masih tidak disambungkan bekalan elektrik.

Mereka mendakwa sudah mendapat sijil layak menduduki (CF) pada Januari lalu selepas rumah itu siap Disember tahun lalu.

Difahamkan pemaju tidak menjelaskan wang pengdahuluan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mendapatkan bekalan elektrik.

Pembantu Sumber Operasi Westport, Johari Ismail, 32, berkata dia terpaksa membelanjakan RM500 membayar sewa di Sungai Buloh di samping membayar ansuran pinjaman RM801 sebulan.

"Ini membebankan golongan berpendapatan sederhana seperti saya. Kami tidak berpuas hati kerana sudah membayar wang pendahuluan RM250 untuk bekalan eletrik itu," katanya, semalam.

Penyelia pusat beli-belah, Ahmad Saiful Wahid 28, berkata dia perlu membayar lebih RM1,500 setiap bulan termasuk RM1,001 untuk wang ansuran bulanan rumahnya di Lestari Puchong.

"Pembeli cuba mendapatkan penjelasan tetapi pemaju gagal dihubungi. "Kami tidak tahu apa yang patut dilakukan dan tidak mahu menunggu lagi. Jika boleh kami mahu berpindah rumah secepat mungkin," katanya.

Ahli Parlimen Puchong, Lau Yeng Peng, berkata masalah itu dapat diselesaikan selepas dia berbincang dengan TNB Bangi yang bersetuju menyambungkan bekalan elektrik ke kawasan perumahan itu minggi ini.

Katanya, dia mengesyaki perkara itu berpunca daripada pemaju tidak menjelaskan wang pengdahuluan kepada TNB.

"Selepas menerima aduan penduduk saya menemui TNB Bangi yang bersetuju menyambungkan bekalan elektrik dalam masa terdekat," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.