Vandalisme punca lif Kondo Rakyat
rosak
Kosmo 29/4/2005
KUALA LUMPUR - Kerosakan lif di blok 5, Perumahan Kondo Rakyat, Pantai
Dalam di sini adalah akibat perbuatan vandalisme.
Pegawai Perhubungan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),
Hanim Hashim berkata, rekod kerosakan lif di blok itu sepanjang bulan
Januari sehingga Mac lalu menunjukkan lif kedua telah mengalami kerosakan
akibat vandalisme sebanyak empat kali.
Lif pertama pula rosak tujuh kali.
"Lif kedua telah diberhentikan perkhidmatannya Untuk
sementara waktu untuk memperbaiki kerosakan," katanya dalam kenyataan di
sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas surat pembaca
KOSMO! pada 19 April lalu yang melahirkan rasa kecewa terhadap kerosakan
lif yang kerap berlaku di Blok 5, flat tersebut.
Sementara itu, mengikut rekod DBKL, perumahan Kondo
Rakyat mula dibina pada tahun 1995 dan siap secara berperingkat pada tahun
1999.
Kawasan perumahan itu terdiri dari lima blok merangkumi
1,140 unit. |