Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif
Pembeli rumah tanggung beban
16/04/2005 Harian Metro

SAYA ingin penjelasan daripada pemaju Bukit Danau Sdn Bhd di atas kelewatan pembinaan rumah kos sederhana rendah bernilai RM50,000 di Taman Mawar, Kulai, Johor.

Ketika membeli rumah itu pada 2001, saya dijanjikan pemaju yang beribu pejabat di Metropolice Tower, Johor Bahru projek perumahan itu dijangka siap sepenuhnya pada April 2003.

Bagaimanapun, selepas tiba tarikh dijanjikan, kami gagal menduduki rumah itu berikutan projek berkenaan belum siap dan mereka mendakwa kelewatan itu disebabkan masalah kontraktor yang dilantik dan kewangan.

Masalah itu bukan saja membabitkan rumah kos sederhana rendah tetapi juga pembeli rumah kos rendah.

Disebabkan tidak mendapat kata putus memuaskan, saya menghubungi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Namun, sungguh mendukacitakan apabila kakitangan kementerian itu berkata mereka tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya boleh melakukan tindakan susulan.

Kami sudah tidak sanggup menanggung beban sewa rumah setiap bulan, apatah lagi belum mendapat jawapan yang pasti.

Saya harap kementerian berkenaan tidak hanya meuar-uarkan pembinaan rumah kos rendah dan menambah bilangan projek untuk rakyat kurang berkemampuan sebaliknya memastikan setiap projek seumpamanya itu dipantau setiap masa.

Tidakkah kementerian sedar berapa ramai rakyat menanggung masalah rumah terbengkalai oleh pemaju sedemikian?


PEMBELI TERKILAN,
AdlynIsk,
Senai, JB.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.