This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Bangunan terbengkalai cacatkan keindahan Klang
Berita Harian 28/4/2005

KLANG: Deretan bangunan tinggi yang indah dan penuh warna-warni dengan reka bentuk unik serta dihiasi rimbunan pohon hijau, acap kali menggamit mata memandang.

Lebih-lebih lagi, deretan bangunan itu terletak di kawasan bandar atau tepi jalan raya yang menjadi laluan utama kenderaan untuk keluar masuk Bandar Diraja Klang.

Namun, keasyikan mata pasti terencat seketika apabila terpandang sebuah bangunan hodoh yang terbengkalai entah berapa tahun lamanya, berdekatan deretan bangunan indah.

Bagi mereka yang setiap hari menyusuri lebuh raya Kuala Lumpur-Klang, itulah pemandangan yang ditatap; sebuah kondominium terbengkalai `tersergam' di tengah-tengah deretan bangunan kondominium mewah.

Kondominium yang terletak berhampiran Hotel Histana dan Restoran V Garden itu, ternyata mencacatkan pemandangan, apatah lagi kawasannya penuh longgokan kayu dan besi cerucuk.

Sekali gus, keadaan itu tentunya membahayakan keselamatan penduduk berdekatan lalu-lalang dan menetap di kondominium berhampiran dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) harus peka, dengan suasana ini.

Mengulas senario itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Abdul Bakir Zin, berkata bangunan itu adalah milik MH Lumber Sdn Bhd yang terbengkalai sejak 1999.

Dengan nada kesal, beliau berkata, MPK sudah mengambil tindakan dengan mengadakan beberapa perbincangan dan menghantar notis amaran kepada pemaju terbabit.

"Notis amaran sudah dihantar sejak tahun 2000 lagi tetapi pemaju masih gagal mengatasi masalah itu kerana menghadapi masalah kewangan," katanya ketika dihubungi Sentral.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.