Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

Pesara tentera hampa rumah terbengkalai
Berita Harian 8/3/2005

SAYA amat hampa memikirkan masalah rumah yang saya beli di Taman Dato Abdul Rashid di Pelabuhan Kuantan yang terbengkalai.


Projek bermula sejak 1994 masih belum siap dan terbengkalai begitu saja. Dari setahun ke setahun saya tetap sabar menunggu janji manis pemaju.


Jika pemaju tidak ada modal kenapa tidak serahkan saja kepada Syarikat Perumahan Negara (SPMB)?


Baru-baru ini saya meninjau kawasan perumahan itu dan melihat ada pembeli yang mungkin hilang sabar menunggu, menguruskan pembinaan sendiri untuk menyiapkan rumahnya.


Apa yang menghairankan, projek yang lama terbengkalai, tetapi di depannya ada pula projek yang baru senang-senang lulus dan hampir siap.


Saya difahamkan ia adalah projek oleh pemaju yang sama.


Kami pembeli terdahulu di taman berkenaan mengalami kerugian masa menunggu, bertahun-tahun lamanya. Termasuk wang ringgit (pinjaman bank) dan pinjaman kerajaan perlu dijelaskan juga.


Saya dan ramai lagi pembeli di taman ini, merayu kepada Pejabat Menteri Besar Pahang, agar membantu kami mengatasi masalah rumah kami kerana beribu-ribu wang kami habis dibelanjakan tetapi rumah diharapkan tidak siap-siap.


BEKAS ASKAR KECEWA,
Kuala Lumpur.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.