This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Kaji semula CF kondominium
19/03/2005 Kosmo

KUALA LUMPUR - Penghuni Kondominium Wira Legenda dekat Selayang di sini mempersoalkan kelulusan Sijil Layak Menduduki (CF) untuk premis kediaman mereka itu ekoran insiden bumbung dan rangkanya tercabut akibat diterbangkan angin Ispin lalu.

Dalam kejadian petang pada hari tersebut, angin kuat menyebabkan bumbung dan rangkanya di Blok A kondominium 20 tingkat itu terjatuh lalu menghempap sebuah kereta milik seorang penghuni.

Mujur ketika kejadian tiada orang berada dalarn atau berdekatan kereta tersebut. Selain itu, para penghuni turut menanggung kesulitan ekoran lif yang turut rosak selepas hujan lebat pada hari yang sama.

"Penghuni terutama mereka yang tinggal di tingkat atas tiada pilihan selain terpaksa memanjat atau menuruni tangga setiap kali keluar rumah.

"Penghuni hairan bagaimana kondominium ini yang mulai diduduki Ogos lalu sudah menghadapi masalah-masalah begini yang tidak sepatutnya berlaku dalam tempoh yang sesinglgtt itu," kata seorang penduduk, Nyew Lee Huang, 40, yang juga pemilik kereta Proton Iswara yang dihempap bumbung tersebut.

Diminta menceritakan tentang peristiwa bumbung tercabut tersebut, Lee Huang yang ditemui semalam memberitahu: "Saya hanya menyedari insiden itu pukul 2.40 petang hari tersebut apabila diberitahu oleh pengawal kondominium. Saya sangat terkejut melihat bumbung di atas kereta saya."

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw ketika melawat kondominium itu semalam menggesa DBKL mengkaji semula CF yang diberi untuk memastikan sama ada kondominium itu selamat diduduki atau sebiliknya.

Sementara itu, wakilsyarikat pemaju, Regal Form Sdn. Bhd., yang turut hadir dalam lawatan itu memberitahu, pihaknya mendapati kerosakan yang berlaku disebabkan anginyang terlalu kencang.

Pengurus Perkhidmatan dan Operasinya, A. Rajisperan berkata, kerja-kerja memasang semula bumbung yang tercabut dan pembaikan lif sedang dijalankan."Pihak pengurusan turut kesal dan bertanggungjawab di atas kejadian yang berlaku. Kami menjangkakan kerja-kerja membaik pulih ini akan siap Ahad ini (esok)," tambahnya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.